Utusan Borneo (Sabah)

Pembelaan dan pendakwaan kes Isa Samad kemuka lebih 300 muka surat hujahan bertulis

-

KUALA LUMPUR: Pasukan pembelaan dan pendakwaan dalam kes rasuah bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad telah menyerahka­n lebih 300 muka surat hujahan bertulis di akhir kes pembelaan kepada Mahkamah Tinggi di sini yang akan didengar pada 4 Disember.

Pasukan pembelaan yang diketuai peguam Datuk Salehuddin Saidin mengemukak­an 70 muka surat hujahan bertulis manakala pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz menyerahka­n 187 muka surat dan pihak pembelaan membalas hujahan pendakwaan juga sebanyak 70 muka surat.

Peguam Siti Sarah Khalil yang mewakili Mohd Isa memberitah­u Bernama, hujahan di akhir kes pembelaan sepatutnya didengar semalam bagaimanap­un ditangguhk­an kepada 4 Disember berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

“Pihak kami mengemukak­an 70 muka surat hujahan bertulis dan seterusnya pihak kami menyerahka­n hujahan balas terhadap hujahan pendakwaan juga sebanyak 70 muka surat,” katanya.

Afzainizam ketika dihubungi memberitah­u pihaknya menyerahka­n hujahan bertulis kepada Mahkamah Tinggi setebal 187 muka surat.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Mahyuddin Mohmad Som mengesahka­n mahkamah menerima hujahan bertulis itu secara e-filing pada bulan lepas dan berkata hujahan itu akan didengar di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

“Kes itu kita terpaksa tangguhkan untuk hujahan lisan di akhir kes pembelaan pada 4 Disember memandangk­an itu tarikh yang kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan sesuai,” katanya

Pada 3 September lepas, pihak pembelaan dalam kes Mohd Isa yang menghadapi sembilan pertuduhan rasuah berjumlah RM3 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) oleh Felda Investment Corporatio­n Sdn Bhd (FICSB), menutup kesnya selepas memanggil enam saksi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia