Utusan Borneo (Sabah)

Muhyiddin berharap semua sokong Belanjawan 2021

PM optimis semua ahli politik bekerjasam­a untuk kebaikan negara

-

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap semua Ahli Parlimen termasuk daripada blok pembangkan­g akan menyokong Belanjawan 2021 yang akan dibentangk­an pada Jumaat ini demi kepentinga­n rakyat dan kebaikan negara.

Perdana Menteri optimis semua ahli politik komited dan akan bekerjasam­a untuk kebaikan negara.

“Pada sesi Parlimen lepas, tidak ada seorang pun Ahli Parlimen yang menentang Akta Kumpulan Wang COVID-19 (Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronaviru­s 2019),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media khas dengan Bernama dan stesenstes­en televisyen tempatan menjelang pembentang­an Belanjawan 2021 pada 6 November.

“Melihat kepada kepentinga­n Belanjawan 2021 dalam meneruskan usaha menangani wabak COVID-19, melindungi kelangsung­an hidup golongan mudah terjejas dan memacu ekonomi, saya berharap semua Ahli Parlimen daripada semua latar belakang politik akan menyokong Belanjawan 2021,” katanya.

Muhyiddin berkata semua pihak perlu menumpukan usaha bagi membantu rakyat yang terkesan teruk susulan COVID-19 ketika negara berhadapan dengan situasi sukar dan menyulitka­n.

“Isu di hadapan kita bukan isu kerajaan semata-mata tapi isu negara.

“Kalau kita sayangkan negara kita...kita nak selamatkan negara kita dengan apa cara pun,” kata beliau. Perdana menteri berkata kerajaan sememangny­a mempunyai tanggungja­wab dan bebanan utama dalam perkara itu.

“Boleh ringankan bebanan itu jika semua pihak ketepikan fahaman politik dan membantu kerajaan,” katanya.

“Jemaah menteri boleh laksanakan dan pegawai kerajaan yang diamanahka­n pun boleh melaksanak­annya, namun kalau pihak lain dapat membantu lagi dalam apa jua sekalipun, ia merupakan satu pengorbana­n yang amat kita hargai,” katanya.

Muhyiddin percaya belanjawan itu akan mendapat sokongan semua peringkat lapisan Ahli Parlimen dan seterusnya di peringkat Dewan Negara.

“Saya harap ini dapat ditunaikan supaya bebanan kerajaan dan rakyat dapat dikurangka­n,” kata beliau.

Perdana menteri berkata belanjawan tersebut

Melihat kepada kepentinga­n Belanjawan 2021 dalam meneruskan usaha menangani wabak COVID-19, melindungi kelangsung­an hidup golongan mudah terjejas dan memacu ekonomi, saya berharap semua Ahli Parlimen daripada semua latar belakang politik akan menyokong Belanjawan 2021.

merupakan belanjawan yang inklusif kerana pandangan pelbagai pihak termasuk parti pembangkan­g, pertubuhan bukan kerajaan, ahli perniagaan dan rakyat.

Beliau berkata ini merupakan kali pertama dalam sejarah negara input daripada pembangkan­g diambil kira dalam pengubalan belanjawan negara.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dijadual membentang­kan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat. — Bernama

Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana Menteri

 ?? — Gambar Bernama ?? BERSAMA RAKYAT: Muhyiddin ketika mengadakan sidang media melalui sidang video di kediamanny­a di ibu negara semalam.
— Gambar Bernama BERSAMA RAKYAT: Muhyiddin ketika mengadakan sidang media melalui sidang video di kediamanny­a di ibu negara semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia