Utusan Borneo (Sabah)

EIWU gesa kerajaan benarkan pengeluara­n akaun 1 KWSP

-

GEORGE TOWN: Kesatuan Pekerja-pekerja Perusahaan Letrik (EIWU) menggesa kerajaan membenarka­n pengeluara­n caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dari Akaun 1, bagi mengurangk­an bebanan pekerja yang terkesan akibat pandemik COVID19.

Setiausaha Agung EIWU Md Zaimi Muhamad Yusof dalam satu kenyataan berkata EIWU sependapat dengan beberapa organisasi bukan kerajaan, parti politik dan ahli akademik dalam menyuaraka­n sokongan penuh terhadap cadangan pengeluara­n Akaun 1 caruman KWSP oleh pekerja yang terjejas.

Beliau berkata kebanyakan yang sangat terkesan akibat wabak itu adalah dalam kalangan kumpulan B40 dan M40 yang hilang pekerjaan.

“Walaupun bantuan kerajaan seperti Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) telah disalurkan untuk meringanka­n beban pekerja yang terlibat, namun bantuan itu hanya sedikit dan tidak dapat meringanka­n beban yang ditanggung,” katanya.

Beliau juga berpendapa­t bahawa kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Alizakri Alias yang menyebut kerajaan telah memberikan beberapa bantuan langsung seperti Prihatin, Prihatin SME+, Penjana dan KITA Prihatin sebagai tidak relevan dan tidak menjawab isu-isu yang dibangkitk­an.

Menurut Md Zaimi, EIWU sependapat dengan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bahawa kajian terperinci diperlukan untuk mengenal pasti mekanisme dengan melibatkan semua pemegang taruh untuk menentukan jumlah yang munasabah dan mengenal pasti pekerja yang teruk terkesan akibat pandemik itu.

“EIWU berpendapa­t bahawa caruman pekerja dalam KWSP harus diberi kebenaran untuk digunakan oleh kumpulan sasar B40 dan M40 pada saat yang amat memerlukan ini.

“Walaupun tuntutan ahli untuk pengeluara­n bukan jumlah yang besar, angka yang munasabah mestilah dibenarkan oleh KWSP dari Akaun 1 kerana caruman itu adalah milik ahli berkenaan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia