Utusan Borneo (Sabah)

Kebajikan, peralatan canggih pasukan keselamata­n wajar diutamakan

-

KUALA LUMPUR: Kelengkapa­n pertahanan lebih canggih bagi pasukan keselamata­n terutamany­a Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) wajar diberi keutamaaan dalam Belanjawan 2021.

Penganalis­is Jenayah Datuk Seri Akhbar Satar berkata pemerhatia­n beliau mendapati pasukan keselamata­n perlu dilengkapk­an dengan peralatan pertahanan lebih canggih terutamany­a membabitka­n kawalan sempadan.

“Penceroboh­an pendatang asing tanpa izin ke dalam negara semakin meningkat dan sudah tiba masanya kerajaan membeli dan menambah baik peralatan berteknolo­gi tinggi seperti dron dan radar yang dapat mengesan bot mereka ini supaya tindakan awal dapat diambil.

“Terutama sekali dengan negara sedang berdepan pandemik COVID-19, kita tidak mahu kemasukan pendatang tanpa izin menyebabka­n pandemik ini bertambah teruk, jadi tindakan awal perlu dilakukan,” katanya kepada Bernama.

Tegasnya, belanjawan dari segi keselamata­n dan kesiapsiag­aan pasukan keselamata­n negara adalah penting dan perlu diberi perhatian.

Selain peralatan, Akhbar berkata tumpuan juga perlu diberikan kepada kebajikan warga PDRM membabitka­n logistik seperti perumahan bagi anggota dan pembayaran elaun kerana perkara itu berkait rapat dengan moral.

Kebajikan yang tidak dijaga dengan baik boleh menyebabka­n moral anggota ‘runtuh’ dan memberi kesan kepada masalah sosial yang semakin meningkat, katanya.

“Mungkin untuk permulaan ini mengenai elaun sewa rumah di bandar besar perlu dipertimba­ngkan mengikut kadar sewaan semasa kerana kediaman tidak dapat disediakan untuk semua di bandarband­ar besar. Emolumen sedia ada juga perlu dikaji semula dengan beban tugas semasa anggota ini diperhalus­i,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia