Utusan Borneo (Sabah)

Enam berselisih maut, dua kenderaan bertembung

Kemalangan berlaku di kawasan Bukit Selabi di Jalan Takan, dekat Song malam kelmarin

- Oleh Michael Ubam

Kesemua mereka tidak mengalami kecederaan teruk namun seluruh bahagian keduadua kenderaan rosak teruk.

DSP Rowney Michael Jalak Ketua Polis Daerah Song

SONG: Enam lelaki hanya cedera ringan dalam kemalangan melibatkan pertembung­an dua kenderaan di kawasan Bukit Selabi di Jalan Takan, dekat sini malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.20 malam itu, kereta jenis Proton Wira yang dinaiki tiga orang dipercayai bergerak dari arah Pasar Song menuju ke arah Tekalit/Katibas manakala pacuan empat roda yang juga dinaiki tiga orang datang dari arah bertentang­an.

Ketua Polis Daerah Song DSP Rowney Michael Jalak berkata, akibat pertembung­an itu pemandu dan penumpang kedua-dua kenderaan mengalami kecederaan ringan.

“Kesemua mereka tidak mengalami kecederaan teruk namun seluruh bahagian kedua-dua kenderaan rosak teruk,” katanya ketika dihubungi semalam.

Katanya, kenderaan pacuan empat roda terbabit dipercayai terbabas ke laluan bertentang­an lalu bertembung dengan kereta tersebut.

Difahamkan, kesemua mangsa telah berjaya dikeluarka­n orang awam dan telah dihantar ke Klinik Kesihatan

Song untuk tindakan selanjutny­a.

Katanya, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan polis.

Sementara itu pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Song turut berada di lokasi selepas menerima panggilan kecemasan jam 9.10 malam.

Pasukanbom­bahanyamem­buat pemantauan di lokasi bagi memastikan tiada lagi mangsa yang tertinggal dalam keduadua kenderaan tersebut dan membuat pembersiha­n kesan kemalangan di lokasi.

 ??  ?? ROSAK: Kemalangan yang mengakibat­kan Toyota Hilux dan Proton Wira mengalami kerosakan teruk.
ROSAK: Kemalangan yang mengakibat­kan Toyota Hilux dan Proton Wira mengalami kerosakan teruk.
 ??  ?? REMUK: Kereta Proton Wira yang tersadai di dalam semak selepas bertembung dengan Toyota Hilux di Jalan Takan.
REMUK: Kereta Proton Wira yang tersadai di dalam semak selepas bertembung dengan Toyota Hilux di Jalan Takan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia