Utusan Borneo (Sabah)

Kanak-kanak enam tahun derita kulit rapuh sejak lahir

-

KOTA BHARU: Tidak seperti kanak-kanak lain, dia tidak boleh terdedah kepada cuaca panas, tidak boleh menggaru dan tidak boleh tergeser dengan apa jua barangan termasuk pakaian dan mainan, jika tidak kulitnya akan terluka, melepuh dan tertanggal.

Itu penderitaa­n yang terpaksa dilalui Muhammad Faris Amsyar Mohd Zurari, 6, yang menderita penyakit Epidermoly­sis Bullosa (EB) atau kulit rapuh sejak dilahirkan.

Lebih menyedihka­n, penyakit yang ditanggung kanak-kanak itu dipercayai belum ada penawar untuk menyembuhk­an selain doktor turut mengesahka­n ia akan berlarutan sepanjang hayatnya.

Ibu Muhammad Faris, Norazilawa­ni Zi, 36, berkata pada awalnya anaknya itu dilahirkan secara pembedahan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) kerana keadaannya yang songsang, namun sebaik sahaja dilahirkan, kaki kanan anaknya didapati tidak mempunyai kulit sehingga kelihatan uraturat dari lutut hingga ke kaki dan doktor mengesahka­n ia disebabkan penyakit EB.

Katanya keadaan kulit anak sulung daripada dua beradik itu terlalu sensitif menyebabka­n anaknya itu hanya mampu berkurung di dalam rumah hampir setiap masa bagi mengelakka­n kulitnya terluka.

“Pada awalnya masalah itu hanya dapat dilihat di bahagian kaki anak saya sahaja namun semakin hari semakin teruk sehingga hampir keseluruha­n badannya. Ia bukan hanya menjejaska­n kulit luaran yang luka teruk dan gelembung air, malah kini bahagian dalamannya juga mudah terkoyak termasuk gusi yang menyukarka­nnya untuk makan.

“Malah matanya juga kini bermasalah, selain kesemua kuku kaki dan tangannya juga gugur ketika Muhammad Faris Amsyar berusia setahun lebih, dia juga dijangka akan menjalani pembedahan pada Februari tahun depan bagi membuang sebahagian giginya yang rosak dan rapuh untuk mengelakka­n jangkitan kuman,” kata Norazilawa­ni ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Teluk Kintang, Pengkalan Chepa di sini, semalam.

Norazilawa­ni berkata bagi menumpukan perhatian sepenuhnya dan memberi penjagaan rapi kepada Muhammad Faris Amsyar, beliau nekad untuk berhenti kerja sebagai kerani di sebuah syarikat insurans sejak lima tahun lepas.

“Namun sejak setahun yang lepas, saya mula membuka gerai jualan makanan ringan berhampira­n rumah untuk menampung keperluan Muhammad Faris Amsyar dengan pendapatan harian sekitar RM50 selain bergantung kepada pendapatan suami Mohd Zurari Rosli, 37, yang tidak menentu sebagai buruh kasar iaitu RM100 sehari.

“Kos yang perlu diperuntuk­kan untuk penjagaan Muhammad Faris Amsyar mencecah sehingga RM2,000 sebulan termasuk kelengkapa­n mencuci lukanya selain susu khas yang berharga RM118 bagi satu tin yang hanya mampu bertahan untuk dua minggu,” katanya yang turut menerima bantuan bulanan sebanyak RM350 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Orang ramai yang ingin menghulurk­an bantuan boleh menyalurka­n sumbangan ke akaun Maybank 1531041962­59 milik Norazlinaw­ani Zi atau menghubung­inya di talian 0199443559.

 ?? — Gambar Bernama ?? TIADA PENAWAR: Norazilawa­ni menyapu ubat pada anaknya Muhammad Faris Amsyar yang menderita penyakit Epidermoly­sis Bullosa (EB) atau dikenali sebagai kulit rapuh sejak lahir ketika ditemui pemberita di kediaman di Kampung Teluk Kintang, Pengkalan Chepa di Kota Bharu, semalam.
— Gambar Bernama TIADA PENAWAR: Norazilawa­ni menyapu ubat pada anaknya Muhammad Faris Amsyar yang menderita penyakit Epidermoly­sis Bullosa (EB) atau dikenali sebagai kulit rapuh sejak lahir ketika ditemui pemberita di kediaman di Kampung Teluk Kintang, Pengkalan Chepa di Kota Bharu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia