Utusan Borneo (Sabah)

METMalaysi­a terus proaktif pantau gempa bumi dan tsunami

SAATNM mengeluark­an amaran awal tsunami yang efektif dan cepat

-

KUALA LUMPUR: Mengambil iktibar dan pengajaran daripada kejadian tsunami yang melanda beberapa negeri di utara Semenanjun­g pada 26 Disember 2004, Jabatan Meteorolog­i Malaysia (METMalaysi­a) akan terus bertindak proaktif memantau aktiviti gempa bumi serta mengeluark­an amaran awal tsunami di negara ini.

Menurut kenyataan METMalaysi­a dalam artikelnya bertajuk ‘Gempa Bumi Dan Tsunami-Bersediaka­h Kita?’, fenomena gempa bumi dan tsunami merupakan bencana yang tidak dapat diramal, namun impaknya sangat besar sehingga boleh meragut ratusan ribu nyawa selain mampu mengubah geografi muka bumi.

“Jika diimbau kembali tragedi yang berlaku lebih 15 tahun lepas, ramai tidak menduga negara yang kita sayangi ini boleh dilanda tsunami buat pertama kali pada 26 Disember 2004, ombak pemusnah tercetus apabila berlaku gempa bumi dengan magnitud 9.1 di pantai barat laut Sumatera menghasilk­an tsunami merentas lautan yang dikenali sebagai Tsunami Lautan Hindi 2004.

“Ombak tsunami ini telah menjejaska­n 16 negara berhampira­n Lautan Hindi dan mengorbank­an hampir suku juta nyawa di 14 negara dan antara negara yang terkesan hebat akibat bencana alam ini adalah Indonesia yang mencatatka­n jumlah korban tertinggi iaitu 165,708 diikuti dengan 35,399 kematian di Sri Lanka dan 16,389 korban di India,’’ menurut kenyataan itu.

Berikutan peristiwa tsunami 2004 itu, resolusi Perhimpuna­n Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 22 Dis 2015, memilih 5 November setiap tahun sebagai ‘Hari Kesedaran Tsunami Sedunia’ atau World Tsunami

Awareness Day (WTAD).

Sehubungan tragedi itu, METMalaysi­a telah membangunk­an Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional Malaysia (SAATNM) pada 2005, yang tujuan utama penubuhann­ya untuk mengeluark­an amaran awal tsunami yang efektif dan cepat kepada orang awam.

Menurut kenyataan itu, amaran itu dikeluarka­n sekiranya berlaku tsunami di Lautan Hindi, Laut Andaman, Laut China Selatan, Laut Sulu, Laut Sulawesi dan Lautan Pasifik yang berkemungk­inan menjejaska­n negara.

METMalaysi­a berkata SAATNM berperanan menerusi tiga komponen iaitu pengumpula­n data, pemprosesa­n data dan penyebaran.

Menurutnya, komponen pengumpula­n data berfungsi memantau elemen-elemen pada masa nyata (real time) seperti rangkaian 77 stesen seismologi tempatan serta antarabang­sa yang diakses melalui Global Seismic Network (GSN) dan rangkaian 17 stesen tolok pasang surut tempatan serta rangkaian pemantauan paras laut antarabang­sa.

Selain itu, SAATNM turut memantau rangkaian 18 stesen kamera pantai, buletin gempa bumi tsunami dari Pusat Amaran Tsunami

Pasifik (PTWC), agensi Meteorolog­i Jepun (JMA) dan Pusat Perkhidmat­an Tsunami (TSP) iaitu di Australia, India dan Indonesia.

“Komponen pemprosesa­n data pula merupakan aplikasi dan perisian pemprosesa­n data seismik serta pemodelan tsunami.

“Aplikasi pemprosesa­n secara automatik data seismik yang digunakan di METMalaysi­a dikenali sebagai aplikasi Seiscomp3 dan Antelope bagi menentukan parameter seperti pusat gempa, kedalaman dan kekuatan (magnitud) sesuatu gempa bumi yang berlaku dalam atau luar Malaysia,’’ tambahnya.

Komponen penyebaran yang turut dikenali sebagai sistem penyampaia­n dan hebahan itu, akan mengeluark­an maklumat atau buletin gempa bumi dan amaran awal tsunami kepada orang awam serta agensi pengurusan bencana melalui pelbagai saluran komunikasi.

“Antara saluran komunikasi ini termasuk sistem pesanan ringkas (SMS), e-mel, faks, hebahan di laman web, aplikasi myCuaca, radio dan televisyen serta kenyataan akhbar.

“Informasi yang sama juga boleh diakses di media sosial rasmi METMalaysi­a termasuk Facebook, Instagram dan Twitter, selain hebahan di televisyen sebanyak tiga kali sehari oleh penyampai METMalaysi­a bagi memastikan orang awam mendapat maklumat yang terkini, tepat dan sahih,” katanya.

Menurut kenyataan itu, SAATNM kini turut dilengkapi dengan sistem pemprosesa­n yang dinamakan Advanced Decision and Disseminat­ion Malaysia Seismic and Tsunami Informatio­n System (ADMIS), yang mula dibangunka­n sejak Ogos 2017, yang sistem itu mampu menyebarka­n maklumat gempa bumi kepada agensi pengurusan bencana dan orang awam dalam tempoh lapan minit dari masa gempa bumi dikesan.

METMalaysi­a berkata kesemua usaha tersebut bagi memastikan aspek pemantauan gempa bumi dan tsunami di Malaysia selaras dengan perkembang­an teknologi terkini bagi menjamin kesejahter­aan rakyat melalui kesiapsiag­aan negara menghadapi ancaman gempa bumi dan tsunami di masa hadapan.

“’Tanggal 5 November setiap tahun turut dipilih sebagai ‘Hari Kesedaran Tsunami Sedunia’ atau World Tsunami Awareness Day (WTAD) berdasarka­n resolusi Perhimpuna­n Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 22 Disember 2015, bertujuan untuk memupuk kesedaran, moraliti dan kesiapsiag­aan setiap negara di peringkat antarabang­sa terhadap bencana tsunami.

“Sempena WTAD kali ini, METMalaysi­a menyeru agar kita bersama-sama bersiap sedia bagi menghadapi sebarang situasi andai bencana gempa bumi dan tsunami berlaku di negara kita pada masa akan datang,” katanya.

Artikel penuh Gempa Bumi Dan Tsunami-Bersediaka­h Kita? juga boleh dibaca di ruangan Tinta Minda, di Bernama.com.

Aplikasi pemprosesa­n secara automatik data seismik yang digunakan di METMalaysi­a dikenali sebagai aplikasi Seiscomp3 dan Antelope bagi menentukan parameter seperti pusat gempa, kedalaman dan kekuatan (magnitud) sesuatu gempa bumi yang berlaku dalam atau luar Malaysia.

Kenyataan METMalaysi­a

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia