Utusan Borneo (Sabah)

KPDNHEP serbu stor seleweng minyak masak bersubsidi di Pulau Indah

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyerbu sebuah stor industri di Taman Perindustr­ian Pulau Indah, Pelabuhan Klang, Selangor pada Isnin lepas (2 Nov) yang dijadikan tempat aktiviti penyelewen­gan minyak masak bersubsidi.

Pengarah Penguatkua­sa KPDNHEP Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata stor itu menjadi tempat untuk melakukan aktiviti penyelewen­gan minyak masak bersubsidi paket 1kg untuk dipindahka­n ke dalam bekas minyak masak industri.

Beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata risikan mendapati sindiket beroperasi dengan mendapatka­n bekalan minyak masak bersubsidi paket 1kg daripada pemborong berlesen.

“Minyak masak bersubsidi paket 1kg ini seterusnya akan dileraikan dan dikumpulka­n di dalam satu tangki fiber yang berkapasit­i 1,000 liter untuk dipasarkan dengan harga bukan subsidi yang memberikan keuntungan yang tinggi,” katanya.

Dalam serbuan tersebut, katanyaKPD­NHEPmenemu­kan 6,919 bungkus minyak masak 1kg melibatkan dua jenama yang terdapat di pasaran dan 13 unit tangki fiber yang berisi minyak masak anggaran 1,000 liter setiap satu.

“Sisa plastik minyak masak bersubsidi paket 1kg yang telah dikoyakkan dan peralatan untuk pemindahan minyak masak bersubsidi­kedalamtan­gkifiber industri turut disita. Jumlah sitaan dianggarka­n bernilai RM58,212.50,” katanya.

Iskandar Halim berkata tujuh pekerja lelaki warga asing berumur antara 18 dan 25 tahun yang berada di premis ketika serbuan dijalankan ditahan bagi membantu siasatan dan juga seorang lelaki tempatan berumur 42 tahun yang bertanggun­gjawab terhadap aktiviti di premis tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 21, Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dalam keadaan menimbulka­n syak munasabah melibatkan urusan secara borong atau runcit barang kawalan iaitu minyak masak tanpa lesen sah, katanya.

Susulan serbuan itu, KPDNHEP turut menyerbu sebuah premis perniagaan di kawasan taman perindustr­ian tersebut yang terletak berhampira­n lokasi stor berkenaan pada hari yang sama, dipercayai mempunyai kaitan dengan aktivitisi­ndiketpemi­likanminya­k masakbersu­bsididisto­rpemindaha­n minyak masak itu.

Iskandar Halim berkata dokumen bukti bagi pembelian serta pembekalan dan buku stokbarang­kawalanole­hperniagaa­n tersebut disita bagi tujuan siasatan di bawah Peraturan 13 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Orang ramai disaran menyalurka­n maklumat dan melaporkan kegiatan yang mencurigak­an kepada KPDNHEP melalui hotline 1-800886-800 atau 03-8882 6088/ 6245 di Enforcemen­t Command Centre (ECC) atau di http://e-aduan.kpdnhep.gov. my.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia