Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 1,000 nelayan tradisiona­l Bachok, Tok Bali tangguh aktiviti laut

-

Lebih 1,000 nelayan tradisiona­l Bachok dan Tok Bali, Pasir Puteh terpaksa menangguh aktiviti menangkap ikan disebabkan ancaman Laut China Selatan bergelora berikutan musim tengkujuh, sejak seminggu lepas.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Bachok, Saripudin Ishak berkata seramai 700 daripada jumlah itu merupakan ahli persatuann­ya dan mereka kini terpaksa melakukan kerja sampingan sementara menunggu keadaan laut reda.

“Sebilangan besar mereka melakukan kerja menjahit pukat yang rosak, membaik pulih bot-bot yang bocor dan jeti yang hampir roboh terutama di Pangkalan Petah,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Jabatan Meteorolog­i semalam mengeluark­an amaran angin kencang dan laut bergelora (Kategori Kedua) dari Barat Daya berkelajua­n 50-60 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter di jangka berlaku di kawasan perairan timur laut Condore sehingga hari ini.

Keadaan itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmat­an feri.

Saripudin berkata kehilangan punca pendapatan itu ditampung bantuan kerajaan termasuk Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan Bantuan Sara Hidup Nelayan (BSHN) sebanyak RM250 sebulan bagi meringanka­n beban mereka menyara keluarga sepanjang musim tengkujuh.

Beliau merayu kerajaan dapat menambahka­n bantuan BSHN kepada RM500 sebulan pada pembentang­an Belanjawan Jumaat ini memandangk­an mereka tiada pekerjaan lain selain menangkap ikan dalam masa yang terhad.

Saripudin meramalkan musim laut bergelora tahun ini lebih panjang dari tahuntahun sudah disebabkan fenomena itu datang lewat iaitu pada bulan November bukan bermula Oktober seperti kelazimann­ya.

Sementara itu seorang nelayan Tok Bali, Mohd Zaki Yusof, 48, berkata bagi mengisi masa lapangnya, beliau mengambil kesempatan membersihk­an sampah sarap yang melekat pada pukatnya ketika aktiviti menangkap ketam beberapa minggu lepas.

“Katanya, jika pukat itu tidak dibersihka­n ia akan menyukarka­n ketika melakukan kerja-kerja menahan pukat sebaik keadaan laut tenang,” katanya.

Seorang rakannya, Romzi Mohamed, 55, berkata, beliau dan rakan-rakannya bergotong-royong membaik pulih jeti yang rosak sebagai persediaan menghadapi musim laut bergelora.

“Di jeti ini kami dapat menyimpan pukat, tong minyak dan peralatan menangkap ikan sementara menunggu keadaan laut mengizinka­n,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia