Utusan Borneo (Sabah)

Klopp kagumi aksi luar biasa Jota

Pengurus Liverpool itu puji penyerang Portugal setelah menjaringk­an hatrik ketika aksi membelasah Atlanta 5-0

-

BERGAMO: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, memuji aksi ‘hebat’ Diogo Jota selepas menjaringk­an hatrik ketika Liverpool membelasah Atalanta 5-0 dalam aksi Kumpulan D Liga Juara-Juara di Bermago pada Selasa.

Jota, penyerang dari Portugal, menjaringk­an dua gol dalam separuh masa pertama sebelum melengkapk­an hatrik di antara gol Mohamed Salah dan Sadio Mane selepas rehat.

Liverpool kini mendahului Kumpulan D dengan sembilan mata maksima dan lima mata di hadapan Atalanta dan Ajax, yang menewaskan Midtjyllan­d 2-1 pada perlawanan lain.

“Ia adalah prestasi yang kami perlukan malam ini,” kata Klopp.

“Saya tidak fikir sesiapa pun boleh bertahan ketika berdepan Sadio Mane, Mo Salah dan Diogo Jota, ia bukan tentang taktik atau taktik kami, ia tentang pasukan.

“Pemain saya bermain dengan sangat hebat, jentera serangan dan barisan pertahanan bermain dengan hebat. Di bahagian tengah, mereka teratur, bersemanga­t dan berdisipli­n.”

Atalanta, bangkit dari ketinggala­n 0-2 sebelum mengikat Ajax 2-2 minggu lepas tetapi mendapati Liverpool

bukan lawan yang sama.

Duvan Zapata dan Luis Muriel kelihatan gagal menembusi pertahanan Liverpool walaupun tanpa pemain pertahanan utama, Virgil van Dijk, yang merawati kecederaan­nya ketika ini.

“Ia satu kekalahan teruk, kami lebih bagus dalam banyak perkara,” kata jurulatih Atalanta Gian Piero Gasperini.

“Liverpool lebih kuat berbanding kami berbanding kualiti mereka: jurangnya sangat besar, kami tidak mampu menangani mereka dan ia harus kami perbaiki.”

Jota meneruskan prestasi memberangs­angkan selepas perpindaha­n dari Wolves pada bulan September.

Pemain berusia 23 tahun itu mengancam pintu gol Atalanta seawal minit kedua ketika diturunkan dalam kesebelasa­n utama bersama Salah dan Mane.

Jota melepasi kawalan Hans Hateboer tetapi rembatanny­a dikawal penjaga gol Marco Sportiello, yang turut menepis bola muntah rembatan Mane.

Muriel mempunyai peluang membuka jaringan buat Atalanta dari tendangan percuma Papu Gomez tetapi penjaga gol Liverpool, Alisson Becker berjaya menyelamat keadaan.

Gol pembukaan bagaimanap­un dijaringka­n seminit kemudian apabila Jota melepasi kawalan Jose Luis Palomino untuk menyempurn­a hantaran Trent AlexanderA­rnold.

Beliau menambah jaringan pada minit ke-33 sebelum Sportiello sekali lagi menepis cubaan Mane tiga minit kemudian.

Salah menjaringk­an gol ketiga dua minit selepas rehat sebelum mengumpan bola kepada Mane untuk gol keempat dua minit selepas itu.

Jota melengkapk­an hatrik dan jaringan pada minit ke-55 untuk menjadi pemain Portugal kedmenjari­ngkan ua gol pada dua penampilan pertama dalam Liga JuaraJuara bersama Liverpool sejak Robbie Keane

Pemain saya bermain dengan sangat hebat, jentera serangan dan barisan pertahanan bermain dengan hebat. Di bahagian tengah, mereka teratur, bersemanga­t dan berdisipli­n. Jurgen Klopp Pengurus Liverpool

pada 2008, selepas menjaringk­an gol ketika menewaskan Midtjyllan­d 2-0 sebelum ini. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BERBISA: Jota (tengah) menjaringk­an gol pembukaan pada perlawanan Liga Juara-Juara antara Atalanta Bergamo menentang Liverpool, di stadium the Atalanta di Bergamo, kelmarin.
— Gambar AFP BERBISA: Jota (tengah) menjaringk­an gol pembukaan pada perlawanan Liga Juara-Juara antara Atalanta Bergamo menentang Liverpool, di stadium the Atalanta di Bergamo, kelmarin.
 ??  ?? KLOPP
KLOPP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia