Utusan Borneo (Sabah)

Impian Granson wakili negara hampir menjadi kenyataan

- Oleh Vitalis G Bingkasan

KOTA KINABALU: Impian Granson Noel Goden beraksi untuk skuad hoki junior negara semakin hampir menjadi kenyataan apabila namanya tersenarai dalam skuad Projek Khas Lelaki Kebangsaan.

Penyerang Sabah berusia 19 tahun berasal dari Kg Sawang Babalang, Melalap, Tenom itu ialah antara empat muka baru dalam senarai 27 pemain yang diumumkan ketua jurulatih Wallace Tan, malam kelmarin.

Skuad remaja negara itu dalam persiapan menghadapi Kejohanan Piala Remaja Asia di Dhaka Bangladesh yang sepatutnya berlangsun­g pada 21-30 Januari 2021 tetapi telah ditunda ekoran pandemik COVID-19.

Tiga lagi muka baharu dalam skuad itu ialah Muhammad Amir Muhaimin Ahmad Mustaqiem (penjaga gol), Zulfitri Md Zin (pertahanan) dan Muhammad Abid Sufian Mat Ruslee (penyerang).

Penyenarai­an Granson itu menjadikan Sabah mempunyai lima pemain dalam skuad berkenaan.

Empat pemain lagi pemain Sabah ialah muka lama iaitu Shello Silverius (pemain tengah), Muhammad Saifuddin Azli (pertahanan), Nasrul Syahkhir Sadikul (pemain tengah) dan Muhajir Abdu Rauf (penyerang).

Kelima-lima pemain Sabah dalam skuad junior kebangsaan itu ialah pemain Sukan Malaysia (SUKMA) Sabah.

Mereka terpilih berdasarka­n prestasi terkini terutama semasa Kejohanan TNB Piala Tun Abdul Razak 2020 yang berlangsun­g di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada September lalu di mana Sabah menduduki tempat keenam.

Bagaimanap­un tidak seperti rakan sepasukan lain yang telah menyertai latihan pusat skuad kebangsaan di Kuala Lumpur sejak awal bulan lalu, Granson pula terperangk­ap oleh krisis COVID-19 di kampungnya.

Keadaan itu bagaimanap­un tidak mematahkan semangat Granson untuk mengejar impiannya walaupun kini hanya menjalani latihan sendiri di kampungnya.

“Saya balik kampung selepas Piala Razak tetapi tidak dapat balik semula ke Kuala Lumpur apabila dipanggil menyertai latihan pusat kebangsaan kerana krisis COVID-19.

“Tidak tahu lagi bila dapat sertai rakan sepasukan berlatih. Bagaimanap­un, jurulatih (Wallace) ada sediakan program latihan dan saya menjalani latihan lima hari seminggu.

“Saya tidak dapat menjalani latihan di padang rumput tiruan..hanya menjalani latihan fizikal dan beberapa sesi latihan di kawasan lapang berhampira­n rumah saya,” kata Granson ketika dihubungi semalam.

“Impian saya ialah beraksi di Piala Remaja Asia dan membantu Malaysia layak ke Piala Dunia Remaja. Sebab itu, saya berkerja keras walaupun menjalani latihan sendirian di Tenom,” katanya yang masih menuntut di Pra Universiti Sekolah Sukan Malaysia Sabah (SSMS).

Granson adalah atlet pelajar SSMS sejak tahun 2014 dan dijadualka­n menamatkan pengajian pada April 2021.

 ??  ??
 ??  ?? SENDIRI: Granson melakukan pemanasan badan sebelum sesi latihan di kampungnya di Kg Sawang Babalang, Melalap, Tenom kelmarin.
SENDIRI: Granson melakukan pemanasan badan sebelum sesi latihan di kampungnya di Kg Sawang Babalang, Melalap, Tenom kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia