Utusan Borneo (Sabah)

Guardiola gembira Jesus sertai City

-

MANCHESTER: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, mengalu-alukan pilihan memiliki seorang penyerang yang cergas menjelang perlawanan penting Liga Perdana Inggeris menentang Liverpool selepas Gabriel Jesus meraikan kepulangan dari kecederaan dengan satu gol ketika menewaskan Olympiakos 3-0 dalam aksi Liga Juara-Juara pada Selasa.

City menghampir­i pusingan kedua kejohanan selepas mengumpul sembilan mata maksima dari tiga perlawanan dalam Kumpulan C, sebahagian besarnya kerana prestasi cemerlang Ferran Torres menjaringk­an gol.

Torres menjadi pemain ketiga paling muda untuk menjaringk­an gol dalam empat perlawanan Liga JuaraJuara secara berturut-turut apabila membuka jaringan pada minit ke-12.

Bagaimanap­un, City kekurangan ketajaman di jentera serangan sejak beberapa minggu dalam liga domestik tanpa penyerang sebenar selepas Jesus dan Sergio Aguero mengalami kecederaan pada awal musim ini.

Jesus dimasukkan pada 15 minit terakhir untuk meningkatk­an kecergasan permainan beliau dan pemain mengambil masa 11 minit untuk menambah gol City.

“Kami bermain dengan baik dalam separuh masa pertama tetapi malangnya kami gagal menamatkan saingan lawan, kami bergelut sedikit mencari gol kedua,” kata Guardiola.

“Akhirnya, satu gol cantik Gabriel menamatkan saingan. Secara umumnya, ia berita baik kerana beliau (Jesus) sudah cergas.”

Kevin De Bruyne mensiasiak­an peluang menambah jaringan ketiga lebih awal, walaupun beliau akhirnya menebus kekecewaan dengan mengumpan bola kepada Torres untuk gol keempat pemain dari Sepanyol itu sejak tiba dari Valencia pada bulan Ogos.

Guardiola melakukan lima pertukaran dari pasukan yang menewaskan Sheffield Unite 1-0 Sabtu lepas dengan satu perhatian kepada perlawanan menentang pendahulu liga, Liverpool hujung minggu ini.

Pemain pertahanan tengah utama, Aymeric Laporte dan Ruben Dias, adalah antara mereka yang direhatkan tetapi pertahanan City kelihatan tidak diuji sehingga Olympiakos melakukan pertukaran strategi pada separuh masa kedua.

Selepas mendahului 2-0, Guardiola merehatkan Raheem Sterling, Kyle Walker dan De Bruyne dan gol ketiga City dijaringka­n oleh seorang lagi pemain gantian, Joao Cancelo.

Bola sepak di Eropah membenarka­n lima pertukaran pemain pada satu perlawanan musim ini. — AFP

 ??  ?? GUARDIOLA
GUARDIOLA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia