Utusan Borneo (Sabah)

Real tewaskan Inter 3-2, tidak beri peluang kebangkita­n

Kelab kendalian Zidane itu yang menang tipis kembali dalam saingan Kumpulan B pada kejohanan Liga Juara-Juara

-

MADRID: Real Madrid mematahkan sebarang kebangkita­n dalam separuh masa kedua dari Inter Milan sebelum menang 3-2 pada Selasa dan mengembali­kan saingan dalam Kumpulan B pada kejohanan Liga JuaraJuara.

Pemain berusia 19 tahun, Rodrygo, masih dari bangku simpanan untuk menjaringk­an gol kemenangan di Stadium Alfredo di Stefano, di mana Inter mengancam untuk mengubah nasib mereka selepas bangkit dari ketinggala­n 0-2 dan mengikat kedudukan 2-2.

Lautaro Martinez dan Ivan Perisic memberikan harapan buat Inter selepas Karim Benzema dan Sergio Ramos meletakkan Real 2-0 di hadapan, dengan gol Ramos adalah gol ke-100 beliau bersama Real Madrid.

Namun Rodrygo mencuri perhatian apabila menjaringk­an gol kemenangan pada minit ke-80 untuk membolehka­n skuad kendalian Zinedine Zidane meraih kemenangan pertama mereka musim ini dan menyebabka­n Inter mempunyai tugas sukar untuk layak ke pusingan kedua kejohanan.

“Ia adalah tiga mata yang penting bagi kami,” kata Zidane. “Kami harus menang dan kami melakukann­ya dengan karektor selepas terjejas ketika menentang lawan yang sangat bagus. Ia bukan mudah.”

Dua pasukan ini dijangka bersaing untuk dua tangga teratas kumpulan sebelum kejohanan bermula tetapi kedua-dua pasukan cuba bangkit selepas permulaan hambar, dengan Inter hanya mengumpul dua mata dan Real satu mata dari dua perlawanan masing-masing menentang Borussia Moenchengl­adbach dan Shakhtar Donetsk.

Kedua-dua jurulatih tidak mampu lagi tercicir mata namun Inter, yang dibimbing Antonio Conte, kini hanya menang sekali dari tujuh perlawanan terakhir sementara Real kelihatan sudah mengubah nasib mereka selepas kekalahan berturut-turut bulan lepas.

“Kami harus terus bekerjaker­as dan tabah mengharung­i semua ini,” kata Martinez. ‘Kami hanya kehilangan perincian kecil untuk memenangi perlawanan seperti ini.

“Kami tahu betapa sukarnya kejohanan ini. Kami bermain dengan baik tetapi kadang-kadang kami melakukan kesilapan. Anda tidak mampu melakukan kesilapan seperti ini lagi.”

Real memulakan permainan dengan yakin dan membuka jaringan pada minit ke-25 apabila Benzema memintas tolakan lemah pemain pertahanan kanan Inter, Achraf Hakimi sebelum merembat ke pintu gol.

Ramos menambah jaringan pada minit ke-33 ketika Real semakin yakin namun Inter merapatkan kedudukan dua minit kemudian menerusi gol Martinez.

Inter semakin yakin selepas rehat dan berjaya mengikat kedudukan pada minit ke-68 menerusi gol Perisic.

Permainan menjadi seimbang dengan keduadua pasukan mempunyai peluang dan pada ketika Inter

Ia adalah tiga mata yang penting bagi kami. “Kami harus menang dan kami melakukann­ya dengan karektor selepas terjejas ketika menentang lawan yang sangat bagus. Ia bukan mudah.

Zinedine Zidane Jurulatih Real Madrid

dijangka mampu menjaringk­an gol kemenangan, Real sebaliknya menjaringk­an gol kemenangan apabila Rodrygo menyempurn­akan hantaran Vinicius Junior.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? LEDAK: Rodrygo (kiri) menjaringk­an gol pada perlawanan Liga Juara-Juara kumpulan B antara Real Madrid dan Inter Milan di stadium Alfredo di Stefano , Valdebebas, pinggir Madrid, kelmarin.
— Gambar AFP LEDAK: Rodrygo (kiri) menjaringk­an gol pada perlawanan Liga Juara-Juara kumpulan B antara Real Madrid dan Inter Milan di stadium Alfredo di Stefano , Valdebebas, pinggir Madrid, kelmarin.
 ??  ?? LAUTARO
LAUTARO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia