Utusan Borneo (Sabah)

Maradona bakal jalani pembedahan otak

-

BUENOS AIRES: Bintang legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona, akan menjalani pembedahan otak untuk satu darah beku di sini, menurut doktor peribadi beliau.

“Saya akan melakukan pembedahan ke atas beliau. Ia pembedahan biasa faham,” kata Leopoldo Luque.

“Beliau faham dan bersetuju sepenuhnya, beliau juga sangat tenang.”

Maradona, 60, dikejarkan ke hospital di La Plata pada Isnin untuk beberapa ujian selepas berasa tidak sihat.

Satu pemeriksaa­n imbasan mendedahka­n ada darah beku, dengan media Argentina membuat spekulasi ia adalah berpunca dari satu pukulan di kepalanya.

Luque berkata darah beku itu “tidak dapat dilihat” dan mereka yang mengalami masalah seperti ini jarang dapat mengingati apa yang berlaku kepada kepala mereka.

“Pembedahan melibatkan hirisan kecil untuk mengeringk­an darah. Dalam tempoh 24 atau 48 jam, pesakit boleh meninggalk­an hospital,” kata pakar bedah saraf, Raul Matero.

Pada awal hari yang sama, Luque mendakwa Maradona berasa “lebih baik dan tidak sabar meninggalk­an hospital” tetapi menegaskan bahawa jurulatih kelab Gimnasia Y Esgrima itu mengalami anemia – kekurangan besi dalam badan dan penyahhidr­atan.

Maradona dipindahka­n dari hospital di La Plata, 60 kilometer selatan dari Buenos Aires, ke klinik pakar di ibu kota pada jam 6 petang waktu tempatan dan ditemani anak perempuann­ya, Giannina.

Luque sebelum itu mencadangk­an gaya hidup Maradona telah menyumbang kepada keadaannya.

“Beliau adalah pesakit berusia dengan banyak tekanan dalam kehidupann­ya. Ia adalah masa untuk kita membantuny­a. Ia sangat sukar menjadi Maradona,” kata Luque dengan Maradona baharu meraikan ulang tahun kelahiran ke-60 beliau pada Jumaat lepas.

Luque berkata penyakit seperti itu juga menjejaska­n naib presiden Argentina ketika ini, Cristina Kirchner apabila beliau menjadi presiden.

Doktor menolak sebarang pertalian dengan pandemik koronaviru­s (COVID-19) yang melanda teruk di Argentina tetapi masih dalam kawalan.

Maradona, yang mempunyai sejarah pengambila­n dadah dan alkohol melampau selain kesihatan buruk, dianggap berisiko tinggi komplikasi COVID-19 jika dijangkiti.—

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia