Utusan Borneo (Sabah)

Tsitsipas tersingkir selepas tewas di tangan Humbert

-

PARIS: Pemain pilihan kedua kejohanan, Stefanos Tsitsipas disingkirk­an dari kejohanan Siri Master Paris selepas tewas kepada pemain tuan rumah, Ugo Humbert di pusingan kedua pada Selasa.

Humbert, yang mempunyai rekod memenangi tujuh perlawanan berturuttu­rut selepas memenangi kejohanan di Antwerp bulan lepas, mensia-siakan empat mata akhir sebelum akhirnya menang 7-6 (7/4), 6-7 (6/8) dan 7-6 (7/3).

Beliau kelihatan bergelut pada permainan tiebreak set terakhir selepas tiga jam dalam gelanggang namun Tsitsipas berkata beliau juga tidak cergas sepenuhnya.

“Saya kecewa dengan cara saya bermain,” kata pemain ranking keenam dunia itu, yang tewas kepada Novak Djokovic di peringkat separuh akhir Terbuka Perancis bulan lepas.

“Pada set kedua, kecederaan saya di Terbuka Perancis kembali dan ia tidak seteruk di Terbuka Perancis tetapi ia menjejaska­n permainan saya dan saya tidak pasti jika ia bagus untuk saya bermain ketika itu.

“Apa pun, ia bukan alasan. Saya masih cuba berusaha dan memberikan yang terbaik,”

Humbert, 22, akan menentang bekas juara Terbuka Amerika (AS), Marin Cilic untuk satu tempat ke suku akhir.

Tsitsipas sebaliknya akan membuat persediaan untuk mempertaha­nkan kejohanan akhir musim, Final Jelajah ATP di London yang a kan bermula pada 15 November depan. Ia adalah kekalahan tipis kedua buat Tsitsipas selepas tewas kepada Grigor Dimitrov di Vienna minggu lepas.

Pada perlawanan awal, Stanislas Wawrinka berkata beliau berharap untuk melakukan “pecutan akhir” dalam kerjayanya untuk memenangi kejuaraan besar sekali lagi selepas menewaskan Dan Evans dari Britain untuk melangkah ke pusingan kedua.

Kali terakhir beliau memenangi kejohanan Grand Slam ialah di Terbuka AS pada 2016 tetapi kemudian dilanda pelbagai kecederaan menyebabka­n beliau tercicir ke ranking ke-200 dunia.

Tetapi jaguh Switzerlan­d itu memikirkan beliau masih boleh menemui semula sentuhan cemerlang pada tahun-tahun terakhir dalam Jelajah ATP.

“Saya menghampir­i penghujung kerjaya saya,” kata beliau selepas menewaskan Evans 6-3 dan 7-6(7/3).

“Tetapi saya juga percaya saya mempunyai pecutan akhir untuk mencabar diri saya sendiri dan melakukan pengorbana­n yang diperlukan untuk berada di kemuncak saingan.

“Saya akan cuba meningkatk­an lagi usaha pada penutup musim dan melihat apa yang akan berlaku pada tahun hadapan.”

Dengan kemenangan itu, Wawrinka akan menentang Tommy Paul dari AS.

Pada perlawanan lain, pilihan kelapan dari Belgium, David Goffin, juga pulang awal apabila dikejutkan pemain ranking ke-105 dunia dari Slovakia, Norbert Gombos 6-4 dan 7-6(8/6).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia