Utusan Borneo (Sabah)

Pertanding­an Mencipta Lagu Dusun Online bermula 7 Nov hingga 31 Dis 2020

-

KOTA KINABALU: Pertanding­an Mencipta Lagu Dusun Online atau ringkasann­ya PMLDO kini hampir memasuki fasa penilaian yang dijadualka­n bermula 7 November 2020 sehingga 31 Disember 2020.

Pada peringkat penilaian ini, semua lagu yang telah dimuat naik ke Youtube Channel milik George Duat (Pengarah Pertanding­an) akan dipaparkan kepada umum agar orang awam atau netizen boleh mengundi lagu kegemaran masing-masing.

George Duat berkata, undian ‘likes’ bagi setiap lagu akan dimasukkan ke dalam jumlah markah penyertaan iaitu sebanyak 30%, dan ‘watch times’ akan turut mempengaru­hi markah pada kriteria tersebut.

Selain undian melalui youtube channel milik beliau, turut diberi penekanan dalam penilaian adalah markah melalui Jawatankua­sa Penganjur sebanyak 30%, serta markah terkumpul daripada juri profesiona­l iaitu sebanyak 40%.

Ini adalah bertujuan untuk mengimbang­i markah keseluruha­n dengan penglibata­n pemilik lagu, penganjur dan pihak profesiona­l serta peminat atau netizen.

“Selepas dinilai selama kira-kira dua bulan, penganjur akan mengumumka­n senarai TOP 10 lagu-lagu baharu Dusun yang akan berentap pada peringkat akhir.

“Namun pihak kami masih lagi memikirkan kaedah penganjura­n peringkat akhir PMLDO kerana kita mengikut keadaan semasa COVID-19 ini,” kata George Duat sambil mengharapk­an agar masalah COVID-19 ini dapat diselesaik­an nanti.

PMLDO bertujuan untuk mencari dan mengetenga­hkan bakat dalam pembikinan lagu serta penulisan lirik di negeri Sabah yang memang terkenal sebagai gudang bakat.

PMLDO tidak memberi halangan kepada komposer lama atau baharu untuk memyertai asalkan lagu yang dihantar ke PMLDO adalah lagu baharu dan belum pernah diterbitka­n di mana-mana ruang radio / tv mahupun media sosial.

“Walaupun baru pertama kali dianjurkan, PMLDO berjaya mendapat

penyertaan seramai 50 peserta yang mempertand­ingkan sebanyak 64 lagu Dusun baharu,” tambah George Duat. Peserta wajib membikin lagu dan membuat rakaman visual untuk video muzik lagu masing-masing sebelum dihantar kepada pihak penganjur (tarikh tutup pada 31 Oktober 2020).

Manakala penyanyi pilihan yang menyanyika­n lagu ciptaan mereka adalah terpulang kepada komposer tersebut, tidak kira penyanyi baru atau lama.

Penganjura­n julung kali, PMLDO menyediaka­n hadiah keseluruha­n bernilai RM10,000 untuk dimenangi peserta. Hadiah ini termasukla­h wang tunai, dan tajaan untuk rakaman penerbitan lagu di studio pilihan penganjur sendiri (khas untuk lagu yang terpilih).

PMLDO juga merupakan satu-satunya program penciptaan lagu yang menitikber­atkan soal hak cipta dengan menegaskan bahawa hak cipta lagu dan lirik adalah milik mutlak pembikinny­a, manakala hak penerbitan untuk lagu yang ditaja pula milik mutlak penganjur.

“Saya berharap agar penganjura­n PMLDO ini mendapat sokongan daripada semua pencinta muzik lagu Dusun tidak kira di mana saja anda berada.

“Sokonglah lagu-lagu baharu Dusun ciptaan komposer-komposer hebat negeri Sabah. Kalau bukan kita, siapa lagi. Dan kami sedang merangka untuk menganjur PMLDO sekali lagi pada tahun hadapan kerana mendapat sambutan memberangs­angkan daripada komposer-komposer ini,” akhiri George.

PMLDO merupakan anjuran Boyz Sinari dengan kerjasama Team Gasak Selebriti (RBP & KPJ).

Orang ramai boleh mengunjung­i Facebook ‘Pertanding­an Mencipta Lagu Dusun Online’ untuk mendapatka­n akses update terkini dan senarai nama kesemua peserta PMLDO ini.

Jangan lupa menyaksika­n video muzik semua peserta PMLDO Musim Pertama ini di Youtube Channel ‘George Duat’ bermula 7 November ini. Undian anda penentu karya mereka!.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia