Utusan Borneo (Sabah)

105 peniaga dikenakan tindakan

Gagal patuhi undang-undang, peraturan sedang dikuatkuas­akan

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Seramai 105 peniaga di daerah ini dikenakan tindakan oleh Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Tawau sehingga 31 Oktober lalu.

Kesemua individu yang merupakan peniaga dalam dan luar bandar itu didapati gagal mematuhi undang-undang dan peraturan yang sedang berkuat kuasa.

Ketua Pegawai Penguatkua­sa KPDNHEP Tawau, Aslani Dabi berkata tindakan kes ini melibatkan nilai rampasan sebanyak RM151,676.85 dan nilai kompaun sebanyak RM34,800.

“Sebanyak 20 kes tindakan itu diambil di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011, Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 (16 kes), Akta Perihal Dagangan (APD) 2011 (1 kes), Akta Timbang dan Sukat (ATS) 1972 (66 kes), Akta Perlindung­an Pengguna (APP) 1999 (2 kes).

“Kes yang dihasilkan pada tahun ini mencatatka­n penurunan sebanyak 57 peratus berbanding tahun 2019 berikutan penguranga­n operasi beberapa sektor ekonomi susulan pandemik COVID-19,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Mengulas lanjut, sepanjang tempoh itu juga, KPDNHEP Tawau telah menerima sebanyak 151 aduan pengguna dan 140 aduan daripadany­a telah diselesaik­an manakala 11 aduan lagi masih dalam siasatan.

Menurutnya, pihaknya telah membuat pemeriksaa­n sebanyak 6,998 ke atas premis perniagaan iaitu 4,881 pemeriksaa­n di dalam bandar dan 2,117 di luar bandar.

“Daripadaju­mlahpemeri­ksaan tersebut sebanyak 5,108 pemeriksaa­n adalah melibatkan pemeriksaa­n khas di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Dalam pada itu, seramai 23 penguatkua­sa KPDNHEP Tawau telah melakukan pelaksanaa­n Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2020 dan dalam tempoh dua hari sebanyak 47 pemeriksaa­n telah dijalankan ke atas pemborong dan peruncit.

“Hasil pemeriksaa­n, mendapati para peniaga patuh ke atas Perintah SHMMP ini berbanding tahun lalu sebanyak 11 kes telah dikesan di bawah SHMMP yang sama.

“Pemeriksaa­n SHMMP ini akan diteruskan sehingga 17 Nov depan dan berharap supaya peniaga memberikan kerjasama dalam mematuhi semua peratuaran serta undang-undang yang dikuatkuas­akan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PERIKSA : Aslani membuat memeriksa barang-barang makanan di sebuah pasar raya terkemuka di Tawau.
PERIKSA : Aslani membuat memeriksa barang-barang makanan di sebuah pasar raya terkemuka di Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia