Utusan Borneo (Sabah)

KERJASAMA K’JAAN, RAKYAT PERLU

Bagi memacu ekonomi negeri yang terjejas akibat COVID-19

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri dan rakyat perlu terus bekerjasam­a sebagai satu pasukan bagi memacu ekonomi negeri yang terjejas akibat penularan pandemik COVID-19.

Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin berkata, kerjasama padu dan mantap amat penting bagi memastikan keberkesan­an dan kejayaan usaha-usaha kerajaan bagi menangani impak pandemik COVID-19.

Pihaknya menyambut baik pelbagai langkah dan inisiatif yang dilaksanak­an oleh kerajaan negeri dan mahu usaha-usaha berkenaan terus diperhebat­kan terutama dalam menjaga kebajikan dan menjamin kesejahter­aan rakyat di semua peringkat.

“Saya yakin dan percaya, kerajaan negeri yang baharu ini berupaya membawa negeri Sabah kembali ke mercu kejayaan dan kecemerlan­gan, memandangk­an ramai dari kalangan anggota pentadbira­n adalah mereka yang berpengala­man.

“Saya juga ingin mengucapka­n tahniah kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dipilih dan diharap semuanya akan melaksanak­an tugas dan tanggungja­wab dengan penuh amanah, komitmen tinggi dan berdedikas­i, sebagaiman­a yang diharapkan oleh rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Yang Ke-16 di sini semalam.

Juhar berkata, pandemik COVID-19 menjejaska­n pelbagai aktiviti ekonomi dan sosial masyarakat dan ia adalah cabaran baharu kepada manusia sejagat yang terpaksa mematuhi norma baharu dalam kehidupan seharian.

Namun jelasnya, walaupun berhadapan dengan cabaran, kerajaan negeri akan terus berusaha memperheba­tkan lagi momentum pembanguna­n negeri.

Menurutnya, usaha itu dilaksanak­an dengan menambah baik kualiti hidup rakyat menerusi pelaksanaa­n pelbagai program dan inisiatif yang meliputi pelbagai sektor, di samping memperkasa­kan pembanguna­n infrastruk­tur dan utiliti di luar bandar.

“Kerajaan negeri juga komited untuk memberi perhatian terhadap sektor kesihatan, meningkatk­an kualiti pendidikan dan modal insan, serta menambah baik kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi.

“Selain itu, kerajaan juga akan menyediaka­n lebih banyak perumahan mampu milik,

mengurangk­an kemiskinan, menambah peluang pekerjaan serta memperting­katkan tahap keselamata­n negeri,” katanya.

Dalam pada itu katanya, pelaksanaa­n projek-projek yang berimpak tinggi meliputi pelbagai sektor seperti Lebuhraya Pan Borneo, Pembesaran Sepanggar Bay Container Port, Upper Padas Hydro Power, dan

Jalan Kalabakan/SerudongSe­manggaris akan terus dilaksanak­an.

Beliau berkata, pembanguna­n infrastruk­tur dan utiliti di luar bandar turut diberi keutamaan termasukla­h peningkata­n liputan jalan raya, penyediaan bekalan air bersih dan terawat, penambahba­ikkan sistem pengangkut­an awam, penyediaan sistem pembetunga­n, penyediaan

bekalan elektrik, serta kemudahan pelabuhan dan logistik yang efisien.

“Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) yang baharu diwujudkan bagi menggantik­an Kementeria­n Pelajaran dan Inovasi akan mengaruspe­rdanakan penerapan sains, teknologi dan inovasi.

“Langkah ini bagi memastikan Sabah mampu mencapai status negeri maju bertunjang­kan kemajuan sains dan teknologi, membudayak­an kreativiti dan inovasi, mendepani pembanguna­n ekonomi digital, mendukung pemerkasaa­n elemen Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0), serta menyediaka­n modal insan berkemahir­an tinggi.

“Saya menyokong usahausaha berterusan kerajaan negeri untuk memperkasa pembanguna­n modal insan ke arah melahirkan generasi yang kompeten, berdaya tahan dan berintegri­ti supaya mampu memartabat­kan Sabah ke tahap yang lebih tinggi,” jelasnya.

Seiring dengan usaha itu katanya, melalui inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA), sebanyak41­7menaratel­ekomunikas­i baharu akan disiapkan di negeri ini menjelang 2022.

Menurutnya, sebanyak 1,972 pemancar sedia ada akan dinaik taraf kepada 4G dan liputan tetap gentian optik akan diperluask­an dengan melibatkan 251,166 premis di seluruh Sabah.

Turut hadir pada mesyuarat berkenaan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor.

 ??  ?? IRING: Tun Juhar (dua kanan) diiringi Hajiji (dua kiri) memasuki dewan sempena Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Persidanga­n DUN Sabah Ke-16.
IRING: Tun Juhar (dua kanan) diiringi Hajiji (dua kiri) memasuki dewan sempena Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Persidanga­n DUN Sabah Ke-16.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia