Utusan Borneo (Sabah)

Penguranga­n katil susulan penutupan PKRC Rumah Merah Tawau

- Oleh Amir anuar

KOTAK INA BALU:katil untuk kes COVID-19 pada 10 November di negeri berkuranga­n berikutan penutupan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Rumah Merah Tawau.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang juga Menteri Kewangan II Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata PKRC itu dilengkapi kapasiti 600 katil sebelum ditutup.

“Keseluruha­nnya terdapat penguranga­n 570 katil di Sabah, berikutan pertambaha­n 30 unit lagi di Hospital Queen Elizabeth Kota K ina balu ,” katanya, di sini semalam.

Masidi berkata demikian semasa diajukan soalan berhubung angka katil kes COVID-19 di Sabah yang dilaporkan menurun dari 9,563 unit kepada 8, 993 pada 10 November.

Menyentuh kes positif berkaitan dengan Kluster Penjara Kepayan pula, beliau mengesahka­n bahawa keseluruha­nnya seramai 1, 659 tahanan yang dikesan positif.

“Sehingga 10 November, hanya terdapat 40 tahanan yang positif namun 32 orang dilaporkan sembuh pada 11 November dan kini ada lapan orang yang masih positif.

“Tahanan yang masih positif dirawat di PKRC, manakala mereka yang memerlukan pemerhatia­n lebih rapi pula ditempatka­n di hospital untuk rawatan susulan,” katanya.

Menurutnya, ketika ini juga pendekatan sudah diambil untuk memastikan tahanan yang didapati negatif COVID-19 terasing daripada mereka yang positif serta tidak bergejala.

MenyentuhK­lusterNumb­ak di Kota Kinabalu pula, beliau berkata kluster itu melibatkan lapan kes semasa dan dikesan melalui saringan pesakit sebelum kemasukan di hospital.

“Saringan kontak terdekat didapati wujud jangkitan positif dalam kalangan ahli keluarga dan sehingga kini juga proses saringan masih dalam siasatan,” katanya.

Beliau berkata Kluster Nahaba Kota Belud pula melibatkan 25 kes semasa yang dipercayai berpunca daripada jangkitan semasa upacara pengebumia­n berlangsun­g.

“Terdahulu, tiga kluster baharu dilaporkan melibatkan Kluster Tatahan di Kota Kinabalu dengan 18 kes, Kluster GK di Tawau (49 kes) dan Kluster Liawaan Keningau (24 kes).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia