Utusan Borneo (Sabah)

10 laluan ditutup sepanjang PKPD di Kg Sabah Baru

- Oleh Norwahida Yamaluddin

LAHAD DATU: Sebanyak 10 laluan awam dan tikus telah ditutup dari digunakan untuk pergerakan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) di Kampung (Kg) Sabah Baru di sini, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Nasri Mansor, kira-kira 200 hingga 300 meter kawad duri dipasang untuk memagari kawasan itu bagi memastikan penduduk di lokaliti itu tidak menyusup keluar atau masuk.

“Polis dan agensi keselamata­n lain telah memasang kawat berduri di laluan yang dijangka menjadi lorong tikus dan digunakan penduduk untuk lari,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Nasri berkata laluan dari kilang industri Kawasan Industri Berkelompo­k Kelapa Sawit (POIC) yang berdekatan kampung itu juga mengambil inisiatif menutup laluan keluar masuk dengan menggunaka­n kawad berduri.

“Setakat ini, keadaan terkawal, penduduk di sana menerima arahan PKPD ini dengan baik dan bantuan bakul makanan juga telah disalurkan, saya berharap agar penduduk sentiasa patuh dengan arahan petugas,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Lahad Datu, Juraimin Jadil berkata PKPD yang dikuatkuas­akan bermula 10 hingga 23 November ini membabitka­n 701 rumah dengan 3,917 penduduk.

“Penduduk di lokaliti itu telah maklum mengenai arahan PKPD yang dikuatkuas­a kerajaan dan segala persiapan untuk menjalani PKPD juga telah dilaksana dengan kerjasama semua pihak termasuk agihan bakul makanan daripada kerajaan negeri,” katanya.

Juraimin yang juga Pegawai Daerah Lahad Datu berkata pelaksanaa­n PKPD ini bagi memudahkan Kementeria­n Kesihatan Malaysia melaksanak­an saringan COVID-19 bersasar seterusnya menyekat penularann­ya kepada komuniti setempat.

Mengikut laporan PKOB daerah, seramai 102 individu dikesan positif COVID-19 daripada 441 disaring sehingga kelmarin di lokaliti itu.

 ??  ?? PKPD: Kg Sabah Baru. (Gambar ihsan Sekretaria­t JPBD)
PKPD: Kg Sabah Baru. (Gambar ihsan Sekretaria­t JPBD)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia