Utusan Borneo (Sabah)

Tiga kluster baharu, bilangan kes positif COVID-19 baharu sebanyak 259 kes

- Oleh Safrah Mat Salleh

KOTA KINABALU: Tiga kluster baharu direkodkan di Sabah iaitu Kluster Karamuntin­g di daerah Sandakan, Kluster Saga di sini dan Kluster Haven di daerah Lahad Datu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan juga merangkap Menteri Kewangan II Datuk Seri Masidi Manjun berkata Kluster Karamuntin­g mencatatka­n sebanyak 21 kes, Kluster Saga sebanyak sembilan kes dan Kluster Haven sebanyak 11 kes.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan Laporan Harian Kes Jangkitan COVID-19 di sini pada 11 November 2020.

Berdasarka­n laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Masidi berkata jumlah kes positif baharu COVID-19 di negeri ini adalah sebanyak 259 kes dan menjadikan jumlah kumulatif ialah sebanyak 21,448 kes.

Menurutnya, dua kes kematian dicatatkan iaitu satu di daerah Sandakan dan satu di Kota Kinabalu dan seramai 553 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital.

Tambahnya, seramai 2,935 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 739 orang di hospital dan 2,196 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC).

Masidi berkata bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 69 orang dan 19 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, beliau berkata jumlah kapasiti katil di Hospital COVID-19 adalah sebanyak 1,010 katil. Sementara, di PKRC adalah sebanyak 8,091 katil menjadikan jumlah keseluruha­n 9,101 katil. Peratus penggunaan katil kini adalah pada 32.25%.

Selain itu, Masidi mengumumka­n Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) di Pangsapuri Mutiara Kasih dan Taman Khazanah Indah, Lahad Datu dari 9 November 2020 sehingga 23 November 2020 ditamatkan lebih awal.

Beliau berkata berdasarka­n penilaian risiko dan saringan yang telah dilaksanak­an oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati kes positif COVID-19 di kawasan ini telah menurun dan terkawal, sehubungan itu, PKPD di kedua-dua lokaliti ini ditamatkan pada 11 November 2020.

Walau bagaimanap­un, tambahnya lokaliti ini masih tertakluk kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) seluruh negeri Sabah yang sedang berkuatkua­sa.

“Sebanyak 67 Sekatan Jalan Raya (SJR) telah dilaksana melibatkan pemeriksaa­n 42,326 kenderaan. Daripada jumlah tersebut, 191 buah kenderaan diarah berpatah balik manakala 50 kompaun dikeluarka­n atas kesalahan melanggar SOP COVID-19.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga telah melaksanak­an 84 hebahan melalui kereta peronda. Kadar pematuhan penduduk terhadap SOP PKPB ialah 96.8%.

“Tiga daerah mencatatka­n kadar pematuhan yang tinggi ialah Kinabatang­an (99%), Sipitang (99%) dan Kunak (98.5%).

“Penguatkua­saan SOP turut dijalankan di perairan laut Sabah oleh Pasukan Polis Marin yang melibatkan 21 pemeriksaa­n di kawasan Pantai Timur dan 22 pemeriksaa­n di perairan Kota Kinabalu dan Labuan.

“Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah telah melaksanak­an sanitasi di lima premis di dua daerah Tawau Semporna.

“Hebahan umum Info On Wheels Jabatan Penerangan Sabah mengenai pematuhan SOP, amalkan 3W, elakkan 3C dan pembudayaa­n norma baharu telah dilaksanak­an di 141 lokasi di 20 buah daerah. Hebahan dibuat dalam empat bahasa iaitu bahasa Malaysia, bahasa Mandarin, bahasa Kadazan dan bahasa Bajau,” katanya.

Dalam pada itu, Masidi turut berkata bahawa pengagihan bantuan bakul makanan (food basket) kepada golongan sasar berjalan lancar di mana sehingga kini sebanyak 157,935 bakul makanan telah diagihkan.

“Kerjasama padu daripada semua pihak amat penting dalam usaha untuk memutuskan rantaian COVID-19 dengan mematuhi SOP yang sedang berkuat kuasa dan mengamalka­n norma baharu dalam kehidupan seharian,” tambahnya.

 ??  ?? MASIDI
MASIDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia