Utusan Borneo (Sabah)

Warga Pakan sambut baik hasrat kerajaan perluas perkhidmat­an bank bergerak

- Oleh Kepu Sidi

Cadangan ini amat baik sekali dan kita memberikan sokongan penuh, lebih-lebih lagi pekan Pakan pada masa ini tidak mempunyai perkhidmat­an bank.

Sehubungan itu, amat wajar sekali perkhidmat­an bank bergerak ataupun tetap diwujudkan di kawasan ini demi kemudahan penduduk.

SARIKEI: Hasrat kerajaan untuk memperluas­kan perkhidmat­an bank bergerak ke kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak mendapat maklum balas positif daripada penduduk Pakan.

Rata-rata penduduk gembira dengan pengumuman Belanjawan 2021 apabila Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan akan memperluas­kan perkhidmat­an bank bergerak di kedua-dua negeri tersebut.

Malah, mereka menyaranka­n agar kerajaan melaksanak­an inisiatif tersebut dengan secepat mungkin.

Matthew Ujen Brundang, 33, dari Nyalak Atas Pakan berkata, perkhidmat­an bank bergerak di pekan Pakan sememangny­a amat dialualuka­n penduduk.

“Cadangan ini amat baik sekali dan kita memberikan sokongan penuh, lebihlebih lagi pekan Pakan pada masa ini tidak mempunyai perkhidmat­an bank.

“Keadaan ini menyukarka­n penduduk terutama yang ingin melakukan urusan seperti mengeluar atau menyimpan wang, mengirim wang dan perkhidmat­an lain.

“Selama ini, penduduk terpaksa pergi ke Sarikei atau Sibu yang masing-masing terletak kira-kira 45km dan 50km dari pekan Pakan untuk melakukan urusan tersebut,” katanya.

Menurut Matthew, sekiranya perkhidmat­an bank diwujudkan di pekan Pakan, ia pasti akan mengurangk­an perbelanja­an penduduk terutama dari segi kos pengangkut­an sama ada untuk ke Sarikei atau Sibu.

Tuai Rumah Jantan Uchong, 63, dari Tubai Buah, Pakan pula berkata, sudah tiba masanya kerajaan mewujudkan perkhidmat­an bank sama ada bergerak atau tetap di kawasan Pakan.

Katanya, penduduk daerah Pakan semakin bertambah, justeru keperluan untuk mendapatka­n perkhidmat­an bank juga semakin meningkat.

“Oleh itu, kita amat setuju sekiranya kerajaan ingin memperluas­kan perkhidmat­an bank bergerak ke kawasan luar bandar agar urusan penduduk dapat dipermudah­kan.

“Namun demikian, kita juga berharap kerajaan merancang untuk membina atau menyediaka­n perkhidmat­an bank tetap di kawasan ini agar penduduk dapat berurusan dengan lebih mudah,” katanya.

Tambah Jantan lagi, ini selaras dengan perkembang­an daerah Pakan yang semakin membangun dan institusi perbankan harus mengambil inisiatif membuka cawangan mereka untuk kemudahan rakyat.

Sementara itu, peniaga di pekan Pakan, Ting Kiew Ming, 58, berkata, kesukaran akibat ketiadaan perkhidmat­an bank di daerah Pakan menjadi fokus umum semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

“Penduduk terpaksa berbaris panjang untuk mendapatka­n kelulusan daripada pihak polis sebelum dibenarkan pergi ke Sarikei atau Sibu untuk melakukan urusan bank.

“Bagi penduduk di kawasan pedalaman, situasi ini amat membebanka­n mereka.

“Sehubungan itu, amat wajar sekali perkhidmat­an bank bergerak ataupun tetap diwujudkan di kawasan ini demi kemudahan penduduk.

“Ia juga bagi mengelakka­n penduduk terkesan teruk jika keadaan sama berlaku lagi pada masa hadapan,” ujar Ting.

Semasa mengumumka­n Belanjawan 2021 pada Jumaat lepas, Tengku Zafrul berkata kerajaan memperluas­kan perkhidmat­an bank bergerak di Sabah dan Sarawak seperti yang telah dilaksanak­an kerajaan negeri Sarawak.

Beliau berkata, langkah itu dapat membantu masyarakat yang sukar mendapat akses perbankan asas seperti pemindahan wang, pembayaran bil dan kemudahan mengeluark­an wang bantuan kerajaan seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Oleh itu, kita amat setuju sekiranya kerajaan ingin memperluas­kan perkhidmat­an bank bergerak ke kawasan luar bandar agar urusan penduduk dapat dipermudah­kan.

 ??  ?? TUAI RUMAH JANTAN UCHONG
TUAI RUMAH JANTAN UCHONG
 ??  ?? MATTHEW UJEN BRUNDANG
MATTHEW UJEN BRUNDANG
 ??  ?? TING KIEW MING
TING KIEW MING
 ??  ?? UNIK: Pintu gerbang mengalu-alukan kedatangan pengunjung ke pekan Pakan.
UNIK: Pintu gerbang mengalu-alukan kedatangan pengunjung ke pekan Pakan.
 ??  ?? JANA EKONOMI: Antara premis perniagaan di pekan Pakan.
JANA EKONOMI: Antara premis perniagaan di pekan Pakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia