Utusan Borneo (Sabah)

433 sekolah daif di Sarawak dibaik pulih

Bermakna tinggal 587 lagi sekolah daif yang perlu dinaik taraf dalam masa dua hingga tiga tahun ini

- Laporan oleh Patricia Gari, Jessica Jawing, Agnes Tugong

KUCHING: Sebanyak 433 daripada 1,020 sekolah daif di Sarawak telah dibaik pulih setakat ini.

Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee berkata, ia bermakna tinggal 587 lagi sekolah daif yang perlu dinaik taraf dalam masa dua hingga tiga tahun ini.

“Saya percaya dengan hubungan baik kita bersama kerajaan persekutua­n, isu sekolah daif di negeri ini dapat kita tangani dengan secepat mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Safiee Ahmad (GPS-Daro) mengenai status terkini projek menaik taraf dan membina semula sekolah daif di Sarawak pada Persidanga­n DUN di sini, semalam.

Menurut Dr Annuar, setakat ini secara keseluruha­n belanjawan yang diperuntuk­an untuk membaik pulih sekolah daif di Sarawak adalah RM1.855 bilion.

Katanya daripada jumlah itu RM1 bilion pembayaran kontra kerajaan negeri kepada kerajaan persekutua­n.

Sementara RM517 juta peruntukan daripada kerajaan persekutua­n dan RM338 juta lagi peruntukan daripada kerajaan negeri, yang menjadikan keseluruha­n peruntukan RM1.855 bilion termasuk bayaran kontra.

Mengulas lanjut, dengan peruntukan yang jauh lebih besar kepada Sarawak dan Sabah daripada kerajaan persekutua­n pada Belanjawan 2021, isu sekolah daif diharap dapat diselesaik­an.

“Kerajaan persekutua­n pada Belanjawan 2021 telah

Saya percaya dengan hubungan baik kita bersama kerajaan persekutua­n, isu sekolah daif di negeri ini dapat kita tangani dengan secepat mungkin. Dr Annuar Rapa’ee Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi

memperuntu­kkan RM725 juta khas untuk membaik pulih sekolah daif di Sabah dan Sarawak.

“Ia adalah satu peruntukan yang agak tinggi berbanding dahulu dan saya berharap penyelesai­an menyeluruh akan diperolehi untuk isu sekolah daif di Sarawak,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia