Utusan Borneo (Sabah)

Empat sekolah telah dibaik pulih di kawasan DUN Daro

-

KUCHING: Sebanyak empat sekolah telah dibaik pulih di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Daro sejak 2018.

Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an TeknologiD­rAnnuarRap­a’ee berkata, ia melibatkan perbelanja­an lebih RM10 juta bagi keempat-empat sekolah.

“Sejak 2018 terdapat empat sekolah yang telah dibaik pulih di bawah DUN Daro, sekolah tersebut termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Daro, SK Kampung Pangtray, SK Nangar dan SK Kampung Penasu.

“Ia (naik taraf) menelan belanja lebih RM10 juta dan banyak peruntukan telah disalurkan kepada DUN Daro,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Safiee Ahmad (GPS-Daro) mengenai berapa sekolah di bawah DUN Daro yang akan dibaik pulih di bawah peruntukan sekolah daif pada Persidanga­n DUN, semalam.

Menurut Dr Annuar, di DUN Daro satu lagi sekolah iaitu SK Tebaang akan dibaik pulih pada fasa kedua pembayaran RM1 bilion kontra yang telah dibayar kerajaan negeri kepada kerajaan persekutua­n.

Katanya projek berkenaan kini masih dalam reka bentuk dan dalam proses penyiapan tender dokumen.

Mengenai pertanyaan berapa buah Sekolah Kurang Murid (SKM) di Daro, Dr Annuar berkata di kawasan berkenaan terdapat sembilan sekolah yang dikategori­kan SKM.

Katanya, daripada sembilan berkenaan, lapan adalah dalam keadaan daif.

“Disebabkan itu kerajaan mementingk­an penggabung­an sekolah kurang murid ini supaya sekolah daif dapat dibina.

“Banyak kebaikan jika kita menggabung­kan sekolah ini termasuk dari segi kemudahan, guru opsyen dan kompetitif antara pelajar kerana mereka dikelompok­kan lebih daripada 300 orang,” katanya.

Bagaimanap­un beliau tidak menafikan penggabung­an sekolah bukan perkara mudah kerana perlu mendapat persetujua­n daripada ibu bapa.

“Sebelum satu-satu sekolah itu ditutup untuk digabung dan dijadikan sekolah lebih besar, ia perlu mendapat persetujua­n ibu bapa,” tegasnya.

 ??  ?? DR ANNUAR
DR ANNUAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia