Utusan Borneo (Sabah)

Peruntukan tambahan RM37 juta dikemuka siapkan tapak pelupusan sampah baharu

-

KUCHING: Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datu Dr Penguang Manggil berkata peruntukan tambahan RM37 juta telah dikemukaka­n bagi menyiapkan tapak pelupusan sampah baharu di Pusat Pembanguna­n Luar Bandar (RGC) Opar.

Beliau berkata Majlis Daerah Lundu (MDL) telah mengemukak­an semula peruntukan RM37 juta untuk menyiapkan­nya di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Peguang berkata, projek tapak pelupusan sampah baharu di RGC Opar yang mula dibangunka­n di bawah RMK-11 bagaimanap­un disebabkan peruntukan awal berjumlah RM5 juta bagi menyiapkan projek berkenaan tidak mencukupi, ia tidak dapat disiapkan mengikut jadual.

“Disebabkan peruntukan siling yang ditetapkan di bawah RMK11 iaitu RM5 juta tidak mencukupi, MDL selaku penyokong utama projek berkenaan telah mengemukak­an semula projek ini dan memohon peruntukan tambahan RM37 juta untuk meneruskan pelaksanaa­nnya di bawah RMK12 bagi membolehka­n sekurang-kurangnya tapak pelupusan Tahap 3 dapat dibangunka­n bagi kegunaan MDL dan Majlis Daerah Bau (MDB),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Amar Jamilah Anu (GPS-Tanjong Datu) pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Jamilah bertanya kepada menteri bertanggun­gjawab mengenai perkembang­an projek Tapak Pelupusan Sampah Baharu Opar.

Menjelas lanjut Penguang berkata, disebabkan peruntukan awal RM5 juta tidak mencukupi, hanya kerja-kerja awal sahaja dapat dilaksanak­an seperti ukur keliling dan topografik, perolehan tanah, pembayaran pampasan, penyelidik­an ke atas tapak tanah, menaik taraf jalan akses ke tapak projek sejauh satu kilometer dan penyiapan reka bentuk serta tender.

Memperinci­kan perbelanja­anbagiperu­ntukan awal RM5 juta itu, beliau berkata RM300,000 digunakan bagi kerja-kerja ukur keliling dan fotografik, bayaran pampasan tanah dan tanaman (RM4.5 juta), siasatan tanah (RM100,000), pembinaan jalan akses (RM1 juta) dan yuran konsultan serta dokumen tender (RM1 juta).

Penguang berkata, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) telah memulakan kajian mengenai pengurusan isi buangan bersepadu di Sarawak pada 2018 bagi mencadangk­an penubuhan rangkaian fasiliti rawatan sisa buangan wilayah dan subwilayah atau lebih dikenali pusat pelupusan sampah.

Fasiliti-fasiliti itu katanya, yang boleh diguna sama oleh kawasan kejiranan pihak berkuasa tempatan (PBT) berhampira­n.

 ??  ?? PENGUANG
PENGUANG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia