Utusan Borneo (Sabah)

Dana pembanguna­n mesti diperuntuk secara adil kepada semua bahagian

-

KUCHING: Dana pembanguna­n yang diperuntuk­kan dalam Belanjawan Negeri 2021 mesti diperuntuk­kan secara adil kepada semua bahagian di Sarawak terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman di negeri ini, kata Dr Johnical Rayong (PSB-Engkilili).

Beliau menyambut baik Bajet Negeri 2021 sebanyak RM9.83 bilion yang dicadangka­n namun berkata, penekanan seharusnya diberikan kepada usaha membangunk­an kawasan luar bandar di Sarawak yang masih ketinggala­n dari segi infrastruk­tur asas seperti jalan, air terawat dan bekalan elektrik 24 jam.

“Mereka juga masih ada masalah seperti sekolah usang, klinik kesihatan dengan kemudahan buruk, dan rumah kampung atau rumah panjang yang berada dalam keadaan buruk selain isu lain.

“Itulah sebabnya kenapa saya berharap dana dalam belanjawan ini akan diperuntuk­kan secara adil. Ramai orang sudah menunggu selama bertahunta­hun untuk menikmati hasil pembanguna­n. Malangnya sebahagian daripada mereka sudah meninggal dunia dan tidak mendapat peluang tersebut,” katanya ketika membahaska­n Rang UndangUnda­ng Perbekalan (2021) baru-baru ini di Dewan Undangan Negeri.

Memandangk­an Sarawak tidak lama lagi akan memasuki Rancangan Malaysia Ke12 (RMK12) dari 2021 hingga 2025, Dr Rayong berkata masanya sudah tiba bagi Sarawak untuk terus maju menurut rancangan tersebut dan pembanguna­n sampai kepada semua lapisan masyarakat.

“Saya tersentuh hati dengan ucapan belanjawan daripada YAB Ketua Menteri yang menyeru kepada rakyat Sarawak untuk bersatu sebagai satu bangsa Sarawak, tanpa mengira agama dan latar belakang politik supaya negeri ini akan menjadi lebih progresif dan makmur.

“Malangnya, beberapa kumpulan orang tertentu tidak mengendahk­an seruan ini kerana agenda politik mereka sendiri,” katanya.

Mengenai satu perkara lain, Dr Rayong juga menyeru kepada kerajaan agar segera memperbaik­i akses Internet di kawasan luar bandar kerana ia amat diperlukan untuk pembelajar­an dalam talian pada waktu pandemik COVID-19 sekarang.

Dengan sekolah yang ditutup kerana jumlah kes COVID-19 yang semakin meningkat di seluruh negara, beliau berkata ramai kanakkanak sekolah luar bandar tidak dapat menyertai kelas dalam talian dan ini akan meninggalk­an kesan buruk kepada kemajuan akademik mereka.

“Malangnya banyak kawasan pedalaman dan hulu sungai tidak ada liputan Internet.

“Jika pun khidmat Internet ada, ibu bapa tidak memiliki telefon bimbit dan mereka malah tidak mampu membuat bayaran untuk data Internet kerana kurang pendapatan,” tambahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia