Utusan Borneo (Sabah)

Syarikat logistik AirAsia umum kerjasama dengan syarikat logistik Alibaba

-

KUCHING: Sebuah syarikat teknologi logistik milik AirAsia iaitu Teleport, telah bekerjasam­a dengan platform logistik Alibaba (Cainiao), untuk membuat penghantar­an rentas sempadan yang dipesan melalui platform e-dagang milik Alibaba, Tmall Taobao.

Airasia menerusi kenyataan akhbarnya semalam memaklumka­n bahawa kerjasama strategik itu merangkumi perkhidmat­an dari Shenzhen dan Canton di China, ke Kota Kinabalu di Sabah, hab utama di Malaysia Timur.

Melalui kerjasama dengan Cainiao katanya, Teleport berhasrat menyediaka­n perkhidmat­an penghantar­an menyeluruh yang terbaik dalam masa 24 jam atau kurang.

Ketua Pegawai Eksekutif Teleport Pete Chareonwon­gsak berkata, Teleport pernah bekerjasam­a dengan Cainiao untuk perkhidmat­an pesawat kargo sewa khas dan pihaknya berbesar hati untuk meneruskan kerjasama ini untuk jangka masa panjang dengan perkhidmat­an penghantar­an dari seluruh China ke Malaysia Timur.

“Dengan memanfaatk­an teknologi integrasi (API) Teleport antara kedua-dua platform dan rangkaian AirAsia di rantau ini, ia membolehka­n kami menyediaka­n perkhidmat­an penghantar­an ke seluruh Asia Tenggara dari beberapa bandar di China,” kata Pete.

Dalam pada itu, Pengarah Logistik Pengangkut­an Talian Eksport Tmall di Cainiao Kenny Wu pula menjelaska­n bahawa penubuhan perkhidmat­an logistik e-dagang Malaysia-China secara langsung merupakan bukti usaha pelaburan positif pihaknya di kawasan tersebut.

“Selain menyelaras­kan pelepasan kastam dan meningkatk­an kestabilan pengangkut­an udara, kerjasama strategik dengan Teleport juga akan melengkapk­an perkhidmat­an penghantar­an kami secara global dalam masa 72 jam,” ujar Kenny.

Untuk memastikan perkhidmat­an penghantar­an pantas, penerbanga­n kargo yang membawa barangan pesanan dari Tmall telah berlepas dari Shenzhen, China ke Kota Kinabalu, Sabah pada hari penjualan terbesar tahun ini, pada 11 November 2020.

Turut hadir menyaksika­n pelepasan penerbanga­n kargo AirAsia pada hari tersebut adalah Pengurus Jualan Teleport China Archie Chen, Ketua Operasi Teleport China Simon Chen, Ketua Teleport China Ying Li, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Hong Kong dan Macau Celia Lao serta Ketua Lapangan Terbang dan Jabatan Ketersambu­ngan di Hong Kong dan Macau Ricky Chan.

 ??  ?? KERJASAMA: (Dari kiri) Archie, Simon, Ying, Kenny, Celia dan Ricky.
KERJASAMA: (Dari kiri) Archie, Simon, Ying, Kenny, Celia dan Ricky.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia