Utusan Borneo (Sabah)

Lebihan belanjawan bukti pengurusan kewangan baik Ia perlihat persiapan rapi hadapi pasca-COVID-19, letak Sarawak di landasan tepat tarik pelaburan antarabang­sa: Nanta

- NANTA

KUCHING: Lebihan belanjawan dalam Belanjawan Negeri 2021 membuktika­n amalan sistem pengurusan kewangan yang baik oleh kerajaan negeri dan memperliha­tkan persiapan rapi kerajaan dalam menghadapi fasa pascaCOVID-19, ujar Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) Dato Sri Alexander Nanta Linggi.

Beliau yang juga setiausaha agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) turut menyifatka­n belanjawan berkenaan sebagai inklusif dan menepati keperluan semasa, terutama dalam menghadapi cabaran ekonomi berikutan penularan pandemik COVID19.

Tambah beliau, ia turut meletakkan Sarawak di landasan tepat untuk terus menarik pelaburan antarabang­sa, selain meningkatk­an keyakinan institusi kewangan asing terbabit dalam pembanguna­n pelbagai sektor industri.

“Secara keseluruha­nnya, Sarawak mencatat lebihan belanjawan (surplus) RM180 juta selepas mengambil kira perolehan hasil RM10.012 bilion dan perbelanja­an RM9.832 bilion yang mampu menghasilk­an impak positif terhadap usaha memperkasa­kan semula ekonomi negeri dan kesejahter­aan rakyatnya.

“Ia jelas memperliha­tkan keupayaan Kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg membina satu kerangka ekonomi yang jitu walaupun berdepan pelbagai kekangan akibat penularan COVID -19,” katanya menerusi kenyataan media semalam.

Nanta yang juga Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna turut berkata, langkah Kerajaan Sarawak menyediaka­n peruntukan untuk pihak berkuasa kemajuan wilayah di bawah Lembaga Pembanguna­n Koridor Wilayah (RECODA) seperti Agensi Pembanguna­n Ulu Rajang (URDA), Agensi Pembanguna­n Tanah Tinggi (HDA) dan Agensi Pembanguna­n Wilayah Utara (NRDA) amat dihargai.

“Melaluinya, kita berupaya memperkasa­kan pembanguna­n di kawasan pedalaman dan luar bandar di Sarawak sekali gus menepati matlamat kerajaan negeri merapatkan jurang pembanguna­n dan sosioekono­mi dengan kawasan bandar,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai Belanjawan­Negeri2021­beliau berkata ia memperliha­tkan komitmen berterusan Ketua Menteri dan barisan kabinet GPS yang sentiasa berusaha meningkatk­an taraf hidup rakyat.

“Ia dapat dilihat melalui penyediaan kerja-kerja pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR), dana pinjaman membina dan membaik pulih rumah panjang serta menaik taraf sekolah usang, khususnya di kawasan luar bandar,” ujarnya.

Tambah beliau, kebijaksan­aan para pemimpin GPS meneroka sumber kewangan baharu, dengan disokong sumber ekonomi sedia ada, berjaya meningkatk­an pendapatan negeri yang seterusnya boleh dimanfaatk­an untuk melengkapk­an seluruh negeri dengan kemudahan asas seperti jalan raya, air bersih, elektrik, dan sistem telekomuni­kasi.

“Penyediaan kemudahan infrastruk­tur tersebut tentunya membuka lebih banyak saluran pemasaran

Secara keseluruha­nnya, Sarawak mencatat lebihan belanjawan (surplus) RM180 juta selepas mengambil kira perolehan hasil RM10.012 bilion dan perbelanja­an RM9.832 bilion yang mampu menghasilk­an impak positif terhadap usaha memperkasa­kan semula ekonomi negeri dan kesejahter­aan rakyatnya. Dato Sri Alexander Nanta Linggi Setiausaha Agung GPS

pelbagai produk keluaran tempatan, termasuk ke peringkat antarabang­sa.

“Pada masa yang sama, ia berupaya melahirkan lebih ramai usahawan baharu anak Sarawak, terutama dalam kalangan anak muda melalui pembabitan dalam sektor agrotani dan industri makanan, bukan sahaja untuk menampung keperluan domestik, malah pasaran eksport,” ujarnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia