Utusan Borneo (Sabah)

Laila cari abang kandungnya Iskandar Abdullah

- LAILA

LIMBANG: “Saya berharap perkahwina­n saya ini dapat menemukan saya dengan abang kandung yang terpisah sejak kecil.

“Saya teringin untuk berjumpa beliau kerana kami tidak pernah bertemu sejak kecil hingga kini,” itu luahan bakal pengantin, Laila Tundak, 47, dari Kampung Malagangga­i dekat sini.

Laila yang akan melangsung­kan perkahwina­n pada bulan depan berharap dapat menemui abang kandungnya untuk menjadi wali pernikahan selepas usaha menjejaki lelaki itu sejak kecil tidak berhasil.

Dia berkata, dia terpisah dengan lapan adik beradik lain kerana mereka diserahkan kepada keluarga angkat oleh ibu bapa kandung mereka sejak kecil lagi.

Menurutnya lagi, ibu bapa kandungnya yang berketurun­an Cina telah kembali ke kampung halaman di Sibu manakala dia dan adik beradik lain dijaga keluarga angkat masing-masing.

“Selepas diserahkan kepada keluarga angkat masingmasi­ng sejak kecil, kami tidak pernah berjumpa sehingga kini.

“Difahamkan ibu dan ayah yang berketurun­an Cina sudah kembali ke kampung halaman di Sibu dan ibu kandung saya sudah meninggal dunia pada tahun lepas,” katanya kepada media semalam.

Laila berkata, abang kandungnya Iskandar Abdullah, 50-an, difahamkan berada di Semenanjun­g dan berharap orang ramai yang mengenali abangnya itu dapat menghubung­i serta memberi maklumat mengenainy­a.

Menurutnya lagi, dia dan keluarga berharap dapat menjejaki abang kandungnya kerana dia dan bakal suaminya akan bernikah Disember depan selepas urusan pencarian wali dapat dilakukan segera.

Orang ramai yang mengenali Iskandar Abdullah boleh menghubung­i Laila di talian 011-51462073.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia