Utusan Borneo (Sabah)

Kapal tunda, tongkang berserta muatan kayu dan enam kru ditahan

-

MUKAH: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Tanjung Manis pada 4 November lalu berjaya menahan sebuah kapal tunda, sebuah tongkang serta muatan kayu dan enam kru di perairan Belawai kerana mencurigak­an.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunos berkata sejurus menerima maklumat tentang pergerakan mencurigak­an pihaknya terus melakukan pemeriksaa­n.

“Hasil pemeriksaa­n, bot terbabit berlepas dari Kudat, Sabah menuju ke Pelabuhan Tanjung Manis,” katanya dalam satu kenyataan di sini Selasa lalu.

Turut diperiksa enam kru kapal di mana seorang nakhoda terdiri daripada warga tempatan, tiga warga India dan dua lagi warga Indonesia berumur lingkungan 25 hingga 57 tahun.

Pemeriksaa­n kesihatan serta dokumen Pas Pelepasan

Pelabuhan dan perubatan mengikut garis panduan dan langkahlan­gkah pencegahan di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).

Pemeriksaa­n bagi mengawal sempadan perairan Sarawak daripada dibolosi pendatang asing tanpa izin bagi mengekang penularan kes COVID-19 di negeri ini melalui jalan laut.

Oleh itu, APMM Tanjung Manis turut bertindak mempergiat­kan kawalan keselamata­n.

Bot tunda, tongkang, kru serta muatan kayu dibawa dilepaskan setelah majikan mengemukak­an dokumen kelulusan Jawatankua­sa Bencana Negeri Sarawak dan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) Tanjung Manis.

Dari Oktober hingga kelmarin, secara keseluruha­nnya APMM Sarawak melakukan 1,218 pemeriksaa­n, lapan tangkapan atas pelbagai kesalahan dan satu pemeriksaa­n pengesanan curiga daripada maklumat awam.

Beliau menggesa komuniti maritim mengutamak­an amalan prosedur operasi standard (SOP) dan sentiasa berada di rumah jika tiada urusan penting bagi memutuskan rantaian COVID-19.

“Nelayan, pekerja kapal, pemancing dan penumpang bot hendaklah sentiasa menjaga keselamata­n dengan memakai jaket keselamata­n terutama ketika keadaan laut bergelora dan cuaca tidak menentu.

“Fasa peralihan angin Monsun Barat Daya meliputi Pantai Timur Semenanjun­g Malaysia serta Pantai Barat Sabah dan Sarawak bermula 24 September hingga November ini,” jelasnya.

Orang ramai disarankan menghubung­i Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak jika berlaku kecemasan atau kejadian mencurigak­an menerusi talian 082-432544 atau MERS 999.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia