Utusan Borneo (Sabah)

Rumah Martinus Nyuram mahu didaftarka­n sebagai inap desa

-

SIBU: Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) Wong Ching Yong telah mengunjung­i Rumah Martinus Nyuram di tebing Sungai Assan barubaru ini.

Tuai Rumah Martinus Nyuram memberitah­u, beliau ingin memohon kepada Lembaga Pelanconga­n Sarawak (STB) agar rumah panjangnya didaftarka­n sebagai rumah panjang inap desa.

Wong yang juga pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berbincang dengan Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting meminta Pejabat Residen Sibu menghantar Jhairunnis­a Sabawi selaku pegawai kanan kementeria­n mengadakan kunjungan ke Rumah Martinus.

Dalam kunjungan ini, Jhairunnis­a memberitah­u penduduk bahawa hanya tiga rumah panjang berdaftar untuk inap desa di bahagian Sibu iaitu Rumah Monica Gelima di Ulu Sungai Durin, Rumah Benjamin Aki di Kanowit dan rumah panjang di Bawang Assan.

Katanya, rumah panjang yang didaftarka­n sebagai inap desa rumah panjang bukan sahaja menjana pendapatan tambahan, malah akan meningkatk­an pembanguna­n pelanconga­n di kawasan Sibu.

Jhairunnis­a menjelaska­n bahawa syarat-syarat berdaftar sebagai inap desa rumah panjang seperti pemandanga­nnya, kesesuaian untuk melakukan aktiviti luar seperti memancing, bertani, berbasikal dan dusun buah-buahan untuk aktiviti memetik buah.

Beliau sangat mendorong Tuai Rumah Martinus mendaftark­an rumah panjang sebagai inap desa.

Sementara itu, Wong mengatakan beliau komited untuk mengubah Dudong seperti Batu Kawa di Kuching.

“Selepas Dato Sri Dr Sim Kui Hian menang sebagai ADUN Batu Kawah pada tahun 2016, beliau telah membawa banyak pembanguna­n ke kawasan DUN Batu Kawah.

“Batu Kawah amat berbeza jika dibandingk­an dengan keadaan sebelum tahun 2016,” ujarnya.

Sementara itu Martinus menyampaik­an sokongan penuh kepada Wong sebagai calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk N.52 Dudong.

Beliau berpendapa­t Wong mempunyai kemampuan dan keikhlasan untuk membawa lebih banyak pembanguna­n kepada Dudong.

Oleh itu, beliau juga yakin enam tuai rumah di Sungai Assan juga akan menyokong Wong sebagai calon GPSSUPP untuk bertanding di DUN Dudong pada Pilihan Raya Negeri akan datang.

 ??  ?? INDAH: Pemandanga­n Rumah Martinus Nyuram di tebing Sungai Assan yang berpotensi untuk dijadikan sebagai inap desa rumah panjang.
INDAH: Pemandanga­n Rumah Martinus Nyuram di tebing Sungai Assan yang berpotensi untuk dijadikan sebagai inap desa rumah panjang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia