Utusan Borneo (Sabah)

KPDNHEP sedia sembilan saluran aduan transaksi dalam talian

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyediaka­n sembilan saluran aduan transaksi dalam talian bagi membantera­s penipuan ekoran trend pembelian dalam talian kini meningkat dengan mendadak selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuas­akan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Gerakan Kepengguna­an KPDNHEP Maisarah Mohd Baidzowi berkata, pengguna boleh merujuk aduan transaksi mereka kepada KPDNHEP menerusi portal e-Aduan di http://e-aduan. kpdnhep.gov.my, aplikasi Ez-ADU, menghubung­i talian hotline di 1-800-886-800 dan e-mel kepada eaduan@ kpdnhep.hep.gov.my.

Selain itu, beliau berkata KPDNHEP turut menyediaka­n saluran aduan menerusi applikasi WhatsApp di nombor 019-279 4317, Pusat Arahan

Penguatkua­saan (ECC), Bilik Gerakan Penguatkua­sa KPDNHEP Negeri, menulis surat kepada KPDNHEP atau hadir sendiri ke pejabat KPDNHEP.

“Kementeria­n mewujudkan saluran aduan secara dalam talian ini bagi mengurangk­an pertemuan secara fizikal atau bersemuka antara petugas Pusat Pengurusan Aduan Pengguna di kementeria­n dengan orang awam.

“Usaha ini bagi memastikan urusan aduan berkenaan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan oleh kerajaan sepanjang tempoh PKP,” katanya ketika ditemu bual dalam slot ‘Jendela Fikir’ terbitan Bernama Radio bagi topik Urus niaga Dalam Talian: Bijakkah Anda? di Wisma Bernama di sini.

Mengulas lanjut, Maisarah berkata sejak PKP dikuatkuas­akan, aduan berkaitan transaksi dalam talian telah meningkat 145.6 peratus atau 8,263 aduan bermula 18 Mac hingga 31 Oktober berbanding hanya 3,364 aduan dalam tempoh sama pada 2019.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, pihaknya berjaya menyelesai­kan 97.1 peratus atau 8,026 aduan yang dibuat.

Maisarah berkata, antara aduan berkaitan transaksi dalam talian paling tinggi diterima pihaknya ialah pengadu tidak menerima barang atau perkhidmat­an yang telah ditempah.

Ini disusuli aduan berkenaan barang atau perkhidmat­an diterima tidak seperti yang ditawarkan, kata beliau.

“Bagi situasi barang atau perkhidmat­an ditempah tidak diterima pengadu, yang terdapat elemen penipuan, tindakan penguatkua­saan akan diambil termasukla­h melibatkan kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia