Utusan Borneo (Sabah)

Kumpulan Wen Ken sumbang air penyejuk badan kepada petugas barisan hadapan

-

KUCHING: Kumpulan Wen Ken (pemilik jenama Cap Kaki Tiga) baru-baru ini menghulurk­an sumbangan produk air penyejuk badan kepada petugas barisan hadapan dalam membantu mereka menghadapi gelombang ketiga wabak COVID-19 di negara ini.

Kumpulan Wen Ken menerusi kenyataan medianya semalam berkata, pihaknya memberikan sumbangan produk sebanyak 50 karton air penyejuk badan kepada petugas barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh dan 50 karton lagi kepada Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

“Dengan sumbangan yang diberikan kepada para petugas barisan hadapan termasuk doktor, jururawat, polis dan anggota bomba, Kumpulan Wen Ken berharap produk air penyejuk badan tersebut dapat melegakan panas badan dan diharapkan semua petugas barisan hadapan kekal sihat sepanjang berhadapan pandemik COVID-19.

“Tindakan keprihatin­an ini juga selari dengan falsafah korporat kami iaitu Bersyukur, Kebolehper­cayaan dan Kesefahama­n selain menunaikan tanggungja­wab sosial korporat kepada masyarakat,” katanya.

Tambah kenyataan itu juga, Kumpulan Wen Ken (Cap Kaki Tiga) berharap agar syarikat lain turut bekerjasam­a dan ikut serta dalam menjaga petugas barisan hadapan di negara ini kerana tanpa dedikasi dan pengorbana­n mereka, wabak tersebut akan merebak dengan lebih serius.

“Sehubungan itu, kita harus menghargai serta menyanjung­i sumbangan petugas barisan hadapan dan Kumpulan Wen Ken (Cap Kaki Tiga) turut mengucapka­n terima kasih kepada mereka semua,” ujarnya.

Dalam pada itu, pihaknya juga menasihati semua warga Malaysia untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan kesihatan, keselamata­n diri dan orang yang tersayang sentiasa terjamin.

 ??  ?? JASAMU DIKENANG: Pegawai dari Hospital Sg. Buloh menerima air penyejuk badan.
JASAMU DIKENANG: Pegawai dari Hospital Sg. Buloh menerima air penyejuk badan.
 ??  ?? TERIMA KASIH: Pegawai dari Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya menerima air penyejuk badan sumbangan Kumpulan Wen Ken (Cap Kaki Tiga).
TERIMA KASIH: Pegawai dari Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya menerima air penyejuk badan sumbangan Kumpulan Wen Ken (Cap Kaki Tiga).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia