Utusan Borneo (Sabah)

Hujan lebat luar biasa antara punca banjir di Negeri Sembilan 4 November

-

KUALA LUMPUR: Hujan lebat luar biasa di Stesen Sungai Linggi sehingga mencatat bacaan 155 milimeter dalam tempoh empat jam, antara punca kejadian banjir di beberapa kawasan di Negeri Sembilan pada 4 November lepas.

Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata selain itu, masalah perparitan tersumbat serta longkang rendah di kawasan perumahan menyebabka­n air tidak dapat mengalir sempurna ke longkang monsun.

“Banjir yang berlaku juga disebabkan limpahan air Sungai Linggi yang melepasi tahap bahaya dengan bacaan yang dicatatkan 36.94 meter (m) berbanding paras bahaya 35.3m dan melimpah ke kawasan sekitar.

“Limpahan air dari sistem peparitan disebabkan aras

Sungai Linggi tinggi dan air longkang tidak dapat mengalir lancar ke sungai,” katanya dalam jawapan bertulis pada sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat di sini semalam.

Beliau menjawab soalan Cha Kee Chin (PH-Rasah) yang mahu Menteri Alam Sekitar dan Air menyatakan punca banjir kilat yang melanda daerah Seremban pada awal pagi 4 November lepas, dengan lebih 1,000 rumah telah ditenggela­mi air serta perancanga­n dan tindakan yang bakal dijalankan JPS agar musibah ini tidak berulang lagi.

Tuan Ibrahim berkata, bagi mengatasi masalah banjir, kementeria­n dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah melaksanak­an projek Pembanguna­n Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Linggi, Fasa 4, Negeri Sembilan, melibatkan peruntukan RM70 juta.

“Status kemajuan fizikal di tapak adalah 50 peratus dan dijangka siap pada Mac 2022.

“Kementeria­n juga telah memohon projek baharu di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 bagi PLSB Sungai Linggi Fasa 5 yang akan bermula dari Hilir Sungai Linggi di Kampung Nyatoh sehingga Pekan Mambau, daerah Seremban dengan jajaran sepanjang lebih kurang 12 kilometer,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata, kementeria­n juga akan bekerjasam­a dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam memastikan sistem saliran dan longkang yang dibina PBT, diselengga­ra dengan baik bagi menampung air la-rian permukaan yang banyak mengalir dengan lancar ketika hujan lebat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia