Utusan Borneo (Sabah)

Sidang Kemuncak ASEAN ke-37 bermula

-

KUALA LUMPUR: Sidang Kemuncak ASEAN ke-37 bermula semalam, menyaksika­n Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai delegasi Malaysia pada sidang kemuncak dua kali setahun itu, dari Kuala Lumpur.

Turut serta Menteri Luar DatukSeriH­ishammuddi­nTun Hussein, Menteri Kanan dan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Perdana Menteri Vietnam Nguyen Xuan Phuc mempengeru­sikan acara pembukaan dari Hanoi secara maya yang turut disertai pemimpin ASEAN lain.

Bertemakan “Cohesive and Responsive ASEAN” sidang kemuncak itu dipengerus­ikan Xuan Phuc selaku Pengerusi ASEAN 2020.

Majlis perasmian bermula jam 9.30 pagi waktu Malaysia, dimulakan dengan lagu ASEAN dan ucapan alu-aluan Presiden Vietnam Nguyen Phu Trong.

Sementara itu, Setiausaha Agung ASEAN Dato Lim

Jock Hoi dari Brunei dalam satu kenyataan di laman web ASEAN, memuji kepimpinan Vietnam selaku pengerusi ASEAN.

“Meskipun berdepan cabaran COVID-19 dan bencana alam, Vietnam tetap meletakkan agenda kepusatan ASEAN dan kepentinga­n rakyat sebagai keutamaan,” katanya. Lim juga menyertai sidang kemuncak itu secara dalam talian.

Menurut kenyataan itu, agenda Sidang Kemuncak ASEAN ke-37, antara lain mengenai Kerangka Pemulihan Komprehens­if ASEAN dan pelan pelaksanaa­nnya, yang akan berfungsi sebagai strategi penyelesai­an ke arah pemulihan keseluruha­n dan pembanguna­n semula yang lebih baik, kesan daripada pandemik COVID-19.

Perbincang­an lanjut mengenai koridor perjalanan ASEAN, yang akan memudahkan perjalanan perniagaan penting di rantau ini dengan selamat juga dijadual diadakan. Selain itu, pemimpin ASEAN dijadual bertemu rakan dialog menerusi ASEAN Plus One. Atur cara semalam termasuk Sidang Kemuncak ASEAN-China ke-23, Sidang Kemuncak ASEAN-Jepun ke-23, Sidang Kemuncak ASEAN-Korea ke-21 dan Sidang Kemuncak ASEAN-India ke-17.

Susulan pandemik COVID19, pemimpin ASEAN, di bawah Pengerusi Vietnam, sebelum ini sudah menganjurk­an tiga sidang kemuncak pada 2020 iaitu Sidang Kemuncak ASEAN Khas dan Sidang Kemuncak ASEAN Campur Tiga pada 14 April, serta Sidang Kemuncak ASEAN ke-36 pada 26 Jun.

Pada akhir sidang kemuncak, Vietnam akan menyerahka­n jawatan pengerusi kepada Brunei.

ASEAN, yang ditubuhkan pada 1967, merangkumi Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

 ?? — Gambar AFP ?? MESYUARAT BERMULA: Perdana Menteri Vietnam Nguyen Xuan Phuc (tengah) berucap kepada pemimpin serantau semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-37 yang diadakan secara dalam talian akibat pandemik COVID-19 di Hanoi semalam.
— Gambar AFP MESYUARAT BERMULA: Perdana Menteri Vietnam Nguyen Xuan Phuc (tengah) berucap kepada pemimpin serantau semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-37 yang diadakan secara dalam talian akibat pandemik COVID-19 di Hanoi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia