Utusan Borneo (Sabah)

Kastam Perlis rampas ketum, bunga api dan dadah bernilai RM1.44 juta

-

KANGAR:JabatanKas­tam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis merampas dadah jenis syabu, daun ketum, mercun serta bunga api yang dianggarka­n bernilai kira-kira RM1.44 juta, iaitu satu nilai yang terbesar direkodkan tahun ini, sepanjang Ops Benteng bulan ini.

Pengarah JKDM Perlis Wan Nor Wan Mamat berkata, pada 10 November sejumlah 20 kilogram dadah jenis syabu dan 20,000 biji pil ekstasi yang masing-masing dianggarka­n bernilai RM800,000 dan RM600,000 berjaya dirampas di tepi jalan susur keluar Hentian Sebelah Tikam Batu Arah Selatan, Lebuhraya Utara-Selatan.

Beliau berkata, pihaknya percaya dadah tersebut telah dipunggah di kawasan sunyi dan diletakkan di situ sebelum diambil rangkaian ahli sindiket lain, bagi mengelakka­n dikesan pihak berkuasa.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati dadah jenis syabu itu disembunyi­kan dalam bungkusan teh cina serta pil ekstasi dalam bungkusan kotak dan disembunyi­kan bersama timbunan tepung gandum, katanya kepada pemberita di sini semalam.

Wan Nor berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, menerusi beberapa serbuan yang dilaksanak­an di berberapa lokasi sekitar Kuala Perlis pada 5 dan 6 November, pihaknya berjaya merampas sejumlah 1,070 kilogram (kg) daun ketum yang dianggarka­n bernilai RM42,000.

Katanya, kesemua rampasan melibatkan daun ketum itu kini disiasat di bawah Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

“Kastam juga berjaya menumpaska­n cubaan menyeludup mercun dan bunga api seberat 63.7kg dianggarka­n bernilai RM3,400 di hadapan sebuah pasar raya, Jalan Kuala Ketil, Sungai Petani, Kedah.

“Mercun dan bunga api itu ditemui dalam dua buah kenderaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 135(1) (d) Akta Kastam 1967,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia