Utusan Borneo (Sabah)

Sebanyak 96.4 peratus daripada sasaran 352,101 premis diliputi rangkaian Gigabit: MCMC

-

KUALA LUMPUR: Sebanyak 96.4 peratus daripada sasaran 352,101 premis tahun ini, berjaya diliputi rangkaian Gigabit berdasarka­n Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela), menurut Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

MCMC dalam kenyataan semalam, memaklumka­n sebanyak 83.2 peratus alat pemancar sedia ada yang disasarkan pada tahun ini, pula telah dinaik taraf untuk memperluas dan memperting­katkan kualiti perkhidmat­an 4G.

“Pelaksanaa­n Jendela sedang dipantau rapi oleh Jawatankua­sa Pelaksanaa­n Jendela yang bermesyuar­at setiap dua minggu dan kepada Jawatankua­sa Pemandu Jendela yang dipengerus­ikan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah, setiap dua bulan.

“Perkara tersebut juga dilaporkan dan dibawa kepada Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan 4IR Negara yang dipengerus­ikan Perdana Menteri. Mesyuarat Pasca Kabinet KKMM yang berlangsun­g setiap minggu turut memantau pelaksanaa­n Jendela,” menurut kenyataan itu.

Susulan kenyataan dibuat pihak tertentu mengenai masalah Internet di Sabah dan Sarawak serta kawasan luar bandar di Semenanjun­g, MCMC memaklumka­n pihaknya turut mengambil pendekatan responsif dalam menangani isu kesalinghu­bungan di seluruh negara bagi memastikan kesejahter­aan penduduk terjamin dan membantu merapatkan jurang digital antara sesebuah kawasan.

“MCMC sedar akan keperluan rakyat untuk mempunyai rangkaian Internet yang stabil dan keadaan tersebut bertambah signifikan susulan penularan pandemik COVID-19.

“Justeru, pihak MCMC bersedia menerima cadangan membina yang boleh dimanfaatk­an untuk memperting­katkan kualiti pengalaman terbaik selaras dengan matlamat Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dan Belanjawan 2021,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia