Utusan Borneo (Sabah)

Pindaan perlembaga­an lindungi kepentinga­n rakyat Sarawak

Pindaan perlembaga­an dibuat bagi menutup pintu orang Sabah atau Malaya masuk jadi ADUN, kata Juanda

-

KUCHING: Pindaan Perlembaga­an Negeri Sarawak dibuat oleh kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bertujuan melindungi kepentinga­n rakyat negeri ini.

Datuk Juanda Jaya (GPSJemoren­g) berkata ramai rakyat negeri ini tidak sedar bahawa Artikel 5 Perlembaga­an Malaysia memberikan hak yang luas dan terbuka kepada mana-mana rakyat Malaysia dari Sabah atau Malaya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri dan seterusnya menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Atas inisiatif kerajaan GPS, pindaan dibuat ke atas perlembaga­an ini bagi menutup pintu orang Sabah atau Malaya masuk menjadi ADUN.

“Tafsiran yang dicadangka­n ini menetapkan hanya anak Sarawak yang layak menjadi ADUN dan orang selain Sarawak terhalang untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri.

“Inilah sifat kerajaan GPS yang sentiasa mengutamak­an Sarawak dan sanggup melakukan apa sahaja bagi melindungi kepentinga­n rakyat negeri ini.

“Inilah niat sebenar pindaan ini, bukan seperti tuduhan jahat gabungan DAP-PSB (Parti Tindakan Demokratik-Parti Sarawak Bersatu).

“Belum sempat penerangan balas oleh ahli dari Asajaya (Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah), mereka telah melompat membuat kesimpulan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaska­n Rang Undang-Undang (RUU) (Pindaan) Perlembaga­an Negeri Sarawak (2020) oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah pada Persidanga­n

Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Tambah Juanda pindaan itu akan menghalang mereka yang ibu pejabat partinya di Malaya menjadi calon di Kota Sentosa atau Pending misalnya.

“Kita tidak mahu kes orang asal Melaka menjadi Ketua

Menteri di Pulau Pinang hingga Pulau Pinang menjadi huru-hara, berulang di Sarawak.

“Kita juga tidak mahu kes di Sabah berulang di mana orang yang lahir di Pulau Pinang menjadi bendahari DAP Sabah dan akhirnya menjadi ADUN lantikan dalam DUN Sabah,” katanya.

Pindaan ini juga menurut Juanda adalah selari dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang meletakkan hak eksklusif kepada rakyat Sarawak berkaitan pelbagai urusan negeri ini.

Pindaan ini juga katanya, pasti mengukuhka­n lagi autonomi Sarawak dan memperkuku­hkan semangat MA63.

“GPS meletakkan slogan Sarawak First, Utamakan Sarawak. Tidak mungkin GPS akan khianat kepada negeri tercinta ini,” ujarnya.

Tafsiran yang dicadangka­n ini menetapkan hanya anak Sarawak yang layak menjadi ADUN dan orang selain Sarawak terhalang untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri. Datuk Juanda Jaya ADUN Jemoreng

Laporan oleh Patricia Gari Jessica Jawing Agnes Tugong

 ??  ?? BERHUJAH: Juanda membahaska­n RUU (Pindaan) Perlembaga­an Negeri Sarawak 2020 pada Persidanga­n DUN semalam.
BERHUJAH: Juanda membahaska­n RUU (Pindaan) Perlembaga­an Negeri Sarawak 2020 pada Persidanga­n DUN semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia