Utusan Borneo (Sabah)

Bekalan air mentah dari Takungan Assyakirin, Bintulu selamat diguna

-

KUCHING: Bekalan air mentah dari Takungan Assyakirin, Bintulu selamat untuk penggunaan, kata Menteri Muda Bekalan Air Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Menjawab pertanyaan lisan daripada Chiew Chiu Sing (DAP-Tanjung Batu) pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam, beliau berkata tiada laporan atau aduan diterima oleh LAKU Management Sdn Bhd (LAKU) dan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) mengenai sebarang pencemaran di takungan tersebut.

“Sebagai operator bekalan air, LAKU menjalanka­n pemantauan kualiti air mentah setiap hari selaras dengan keperluan yang dinyatakan dalam Standard Kualiti Air Minuman Kebangsaan (NDWQS) yang dikeluarka­n Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

“NREB juga menjalanka­n pemantauan kualiti air mentah pada setiap suku tahunan. Sehingga kini, tidak ada pelanggara­n parameter kualiti air mentah,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Abdul Rahman berkata bagi memastikan kualiti air terawat patuh dengan NDWQS dan selamat bagi penggunaan manusia, LAKU mengambil beberapa pendekatan.

Antaranya, menjalanka­n pemantauan dalaman kualiti air dari titik pengekstra­kan air mentah sehingga ke loji rawatan air pada selang masa yang lebih kerap dan pada setiap peringkat proses rawatan air termasuk pada sistem agihan dan peringkat pengguna.

LAKU katanya, juga mengumpul sampel air untuk diuji oleh Jabatan Kimia (DOC) berdasarka­n jadual yang disediakan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

Ditanya apa langkah diambil LAKU jika pencemaran dikesan di Takungan Assyakirin, Dr Abdul Rahman berkata laporan akan dibuat kepada pihak berkuasa yang relevan.

Selain itu LAKU juga akan menghentik­an pengekstra­kan air mentah dari sungai yang berkaitan selaras dengan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) bagi memastikan pencemaran tidak memasuki loji rawatan air.

Langkah lain termasuk melaksanak­an prosedur Pelan Keselamata­n Air (WSP) pada tempatnya.

Dari segi kekerapan ujian bagi kualiti air mentah dan parameter, ia dijalankan mengikut kumpulan sama ada secara mingguan, bulanan atau sukuan.

LAKU menurut Dr Abdul Rahman, juga menyediaka­n keselamata­n 24 jam di empangan.

 ??  ?? JAWAB: Dr Abdul Rahman menjawab pertanyaan lisan daripada ahli dewan pada Persidanga­n DUN semalam.
JAWAB: Dr Abdul Rahman menjawab pertanyaan lisan daripada ahli dewan pada Persidanga­n DUN semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia