Utusan Borneo (Sabah)

Dasar penyertaan 30% kontraktor Bumiputera bukan untuk industri dikawal swasta: Mussen

-

KUCHING: Dasar penyertaan 30 peratus kontraktor Bumputera dalam projek tidak terpakai ke atas industri yang dikawal sektor swasta seperti di Kawasan Perindustr­ian Kidurong dan Taman Perindustr­ian Samalaju.

Menteri Muda Perdaganga­n Antarabang­sa dan Perindustr­ian, Terminal Industri dan Pembanguna­n Usahawan Datuk Malcolm Mussen Lamoh berkata dasar itu hanya diguna pakai ke atas projek-projek yang dibiayai kerajaan negeri di bawah peruntukan tahunan kementeria­n, jabatan dan agensi.

“Justeru, saya menggalakk­an pihak swasta memberi peluang yang sama dan keutamaan kepada kontraktor Bumiputera dalam projek-projek yang mereka laksanakan asalkan mereka berkelayak­an dan berkeboleh­an,” katanya semasa menjawab pertanyaan Majang Renggi (GPS-Samalaju) pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Mengenai jumlah dan kontrak yang telah dilaksanak­an oleh kontraktor tempatan di Samalaju, Mussen menjelaska­n bahawa sejak 2008, 36 kontrak yang bernilai RM1 bilion telah dilaksanak­an kontraktor tempatan di bawah Lembaga Pembanguna­n Bintulu (BDA).

“Bagi projek-projek di bawah BDA sejak 2008, sebanyak 36 kontrak yang bernilai RM1 bilion telah dilaksanak­an oleh kontraktor tempatan.

“Daripada jumlah tersebut, 16 kontrak dengan nilai RM500 juta telah ditawarkan kepada kontraktor Bumiputera.

“Projek-projek ini tidak termasuk pembinaan kilangkila­ng yang dilaksanak­an oleh pelabur-pelabur di Taman Perindustr­ian Samalaju,” jelasnya.

Sehingga kini, seramai 7,683 usahawan kontraktor Bumiputera telah menyertai Seminar Keusahawan­an Kontraktor yang telah diadakan di seluruh Sarawak dengan 298 merupakan usahawan dari bahagian Bintulu.

 ?? — Gambar Penerangan ?? JAWAPAN: Mussen ketika menjawab soalan Majang pada Persidanga­n DUN semalam.
— Gambar Penerangan JAWAPAN: Mussen ketika menjawab soalan Majang pada Persidanga­n DUN semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia