Utusan Borneo (Sabah)

Punca utama krisis Rakhine perlu ditangani, kata Muhyiddin

-

KUALA LUMPUR: Punca sebenar krisis di Rakhine, Myanmar harus ditangani memandangk­an kesan yang dicetuskan­nya, melibatkan pelarian domestik (IDP), pergerakan tidak teratur dan kemasukan mereka ke negara-negara jiran bagi mencari perlindung­an, dengan Malaysia menjadi negara penerima utama di Asia Tenggara, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana menteri, dalam sesi pleno Sidang Kemuncak ASEAN ke-37 semalam, berkata krisis di Rakhine memerlukan perbincang­an mendalam di antara negara anggota ASEAN.

“Kami secara konsisten mengesyork­an untuk penyelesai­an jangka panjang terhadap nasib malang yang menimpa Rohingya, yang semakin terdedah kepada eksploitas­i.

“Malaysia menegaskan perlunya pembahagia­n beban dan tanggungja­wab yang sama rata, dan meminta negara-negara yang menandatan­gani Konvensyen 1951 untuk menegakkan dan tetap komited terhadap kewajiban undang-undang antarabang­sa mereka untuk menerima lebih banyak pelarian bagi penempatan semula,” katanya.

Muhyiddin berkata, Malaysia menyokong proses pemulangan, yang secara sukarela, selamat dan bermaruah, pelarian domestik dari wilayah Rakhine.

Perdana Menteri mengetuai delegasi Malaysia di sidang kemuncak dwitahunan itu dari sini (Kuala Lumpur), yang berlangsun­g semalam hingga Ahad.

Sidang kemuncak itu dipengerus­ikan oleh Perdana Menteri Vietnam Nguyen Xuan Phuc selaku Pengerusi ASEAN 2020.

Muhyiddin berkata, masalah pergerakan orang yang tidak teratur, termasuk kaitannya dengan penyeludup­an dan pemerdagan­gan manusia di rantau ini, memerlukan semua pihak yang berkaitan untuk mengenal pasti dan menangani punca-puncanya dan faktor penyumbang lain, sama ada di tempat asal, semasa transit atau lokasi tujuan serta penglibata­n pihak berkepenti­ngan yang berkaitan.

“(Ini perlu dilakukan) berdasarka­n prinsip tanggungja­wab bersama serta pendekatan seimbang antara penguatkua­saan undangunda­ng dan tindak balas kemanusiaa­n untuk menangani cabaran tersebut,” katanya.

Turut serta dalam delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-37 adalah Menteri Luar Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein serta Menteri Kanan dan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

ASEAN, yang ditubuhkan pada 1967, dianggotai Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia