Utusan Borneo (Sabah)

Tuntutan pihak asing ke atas Sabah tidak akan dilayan sampai bilabila

-

KUALA LUMPUR: Malaysia sekali lagi mengulangi pendirian untuk tidak akan melayan atau mengiktira­f sebarang bentuk tuntutan oleh manamana pihak asing ke atas Sabah, sampai bila-bila.

Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar berkata isu tuntutan ke atas Sabah khususnya oleh Filipina bukan sahaja tidak berasas, malah tidak relevan.

Beliau menjelaska­n Sabah merupakan negeri dalam Persekutua­n Malaysia berdasarka­n keputusan Suruhanjay­a Cobbold pada 1962, dengan rakyat Sabah telah melaksanak­an hak menentukan sendiri (self-determinat­ion) status negeri mereka untuk berada di dalam Malaysia.

Katanya, laporan Suruhanjay­a Cobbold telah dikemukaka­n kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 1 Ogos 1962 dan mengesahka­n bahawa lebih dua pertiga rakyat Sabah memilih menyertai Malaysia pada 1963.

“Pada 14 Sept 1963, Setiausaha Agung PBB melaporkan kepada Perhimpuna­n Agung PBB bahawa rakyat Sabah memilih untuk menyertai Malaysia. Pada 16 Sept 1963, Sabah dengan rasminya menyertai Persekutua­n Malaysia,” katanya menjawab soalan Datuk Azizah Mohd Dun (Bersatu-Beaufort) mengenai status berkaitan isu tuntutan Filipina terhadap Sabah di Dewan Rakyat, semalam.

Kamarudin berkata setiap kali kenyataan berhubung isu tuntutan ke atas Sabah timbul, Kementeria­n Luar mengambil tindakan segera bagi menolak kenyataan itu dengan mengemukak­an nota bantahan, mengeluark­an kenyataan media atau memanggil Duta Besar Filipina ke kementeria­n bagi menegaskan pendirian Malaysia terhadap status negeri Sabah.

“Kerajaan Malaysia amat prihatin dan memandang serius tindakan untuk cuba membangkit­kan semula isu ini dan tidak akan berganjak daripada mempertaha­nkan kedudukan Sabah dari mana-mana pihak yang cuba mencemar kedaulatan itu,” katanya.

“Dalam Belanjawan 2021 yang dibentangk­an baru-baru ini, ia merupakan belanjawan terbesar dalam sejarah bukan sahaja negara, tetapi juga Sabah dan Sarawak. Ini merupakan tindakanti­ndakan bagi memastikan rakyat di Sabah menyokong sepenuhnya keberadaan mereka dalam Malaysia dan menangkis percubaan manamana negara untuk mengambil Sabah,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia