Utusan Borneo (Sabah)

KKM hantar tiga pakar perunding psikiatri ke Sabah

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Tiga pakar perunding psikiatri Hospital Kuala Lumpur dihantar ke Sabah bagi membantu menangani masalah kesihatan mental di kalangan masyarakat dan para petugas barisan hadapan susulan wabak pandemik COVID-19, di sini.

Ketiga-tiga pakar tersebut iaitu Dr Siti Nor Fadhlina Misron, Dr Akramul Zikri Abd Malek dan Dr Mohd Hafiz Norzan masing-masing ditugaskan di Hospital Besar Tawau, Hospital Duchess of Kent, Sandakan serta Hospital Lahad Datu.

Menurut Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Tawau berkata tujuan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil inisiatif itu kerana keperluan perkhidmat­an psikiatri yang semakin meningkat di negeri ini.

“Pihak KKM melihat tahap kesihatan mental daripada pelbagai lapisan masyarakat

termasuk petugas-petugas kesihatan terjejas susulan penularan wabak COVID-19.

“Pasukan sokongan kesihatan Mental dan Psikososia­l (MHPSS) sentiasa memantau masyarakat terutamany­a pesakit COVID-19 dan ahli keluargany­a sekiranya terdapat kesan psikologi seperti stress akibat wabak ini,”katanya dalam kenyataann­ya, di sini.

Menurutnya, masalah kesihatan mental berpotensi terjadi kepada semua lapisan masyarakat tidak mengenal

usia dan jantina terutamany­a bila berlaku musibah yang tidak dielakkan.

“Baru-baru ini, warga Tawau dikejutkan dengan percubaan membunuh diri oleh seorang lelaki yang disahkan menghadapi masalah mental dan kemurungan.

“Pelbagai komen daripada netizen termasuk yang mendoakan keselamata­nnya dan tidak kurang juga ada pihak bertindak memperleke­hkan perbuatan lelaki tersebut,” katanya.

 ??  ?? BERTUGAS: Pengarah Hospital Tawau, Dr Norlimah Arsad (kiri) menyambut kedatangan Dr Siti Nor Fadhlina Misron yang bertugas di Hospital Besar Tawau.
BERTUGAS: Pengarah Hospital Tawau, Dr Norlimah Arsad (kiri) menyambut kedatangan Dr Siti Nor Fadhlina Misron yang bertugas di Hospital Besar Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia