Utusan Borneo (Sabah)

Dua beradik hilang ditemukan lemas di dua lokasi berasingan

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KENINGAU: Dua beradik yang hilang selepas dihanyutka­n arus di Sungai Liawan, Kampung Dangulad tiga hari lalu berjaya ditemukan di dua lokasi berasingan petang semalam.

Pengarah JBPM Sabah Kamarulzam­an Malik Abdullah berkata, kedua-dua mangsa ditemukan pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) kira-kira jam 2.15 petang.

“Mayat pertama Amber Lim Ze Yee, 4, ditemukan jam 2.15 petang di Sungai Sikapon di sini manakala mayat abangnya Jason Lim Ze Hao, 6, ditemukan 10 minit kemudian di Sungai Pagalan dekat Kampung Jawa Sumbiling, Melalap Tenom.

“Jarak pada lokasi penemuan kedua-dua mangsa agak jauh dan kita merakamkan takziah kepada ibu bapa dan waris mangsa,” katanya.

Menurutnya SAR yang memasuki hari ketiga membabitka­n 49 individu dengan kerjasama semua pegawai dan anggota dari

Zon Keningau, BBP Keningau, BBP Sook, BBP Tenom, Unit K-9, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan RELA serta beberapa pihak awam termasuk Persatuan Pengakap dan penduduk kampung seawal jam8 pagi.

Tambahnya, pencarian terbabit juga diperluas ke Sungai Pagalan hingga ke Sungai Padas.

Pada 10 November lalu mangsa masing-masing kanak-kanak lelaki berumur enam tahun dan adik perempuann­ya yang berumur empat tahun dikhuatiri hilang selepas kenderaan dinaiki mereka dihanyutka­n arus di

Sungai Liawan, Kampung Dangulad kira-kira jam 10 malam.

Semasa kejadian itu kesemua mangsa dalam perjalanan balik ke rumah menaiki kenderaan pacuan empat roda yang dipandu bapa mereka.

Ketika melalui jambatan konkrit yang dinaiki air di kampung terbabit, arus sungai menjadi deras dengan mendadak sebelum menghanyut­kan kenderaan dinaiki mereka.

Bapa mangsa berjaya keluar dari kenderaan manakala mangsa dihanyutka­n arus sungai dan pasukan bomba menemui kenderaan dinaiki mereka tidak jauh dari lokasi kejadian.

 ??  ?? SAR: Semua pihak diberi taklimat sebelum SAR dimulakan bagi mengesan mangsa seawal jam 8 pagi.
SAR: Semua pihak diberi taklimat sebelum SAR dimulakan bagi mengesan mangsa seawal jam 8 pagi.
 ??  ?? MENYELURUH: SAR dijalankan secara menyeluruh dari Sungai Pagalan hingga ke Sungai Padas di sini.
MENYELURUH: SAR dijalankan secara menyeluruh dari Sungai Pagalan hingga ke Sungai Padas di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia