Utusan Borneo (Sabah)

Penetapan SOP di Sabah ambil kira pandangan pelbagai pihak

- Oleh Amir Anuar

KOTA KINABALU: Penetapan setiap penguatkua­saan Prosedur Operasi Standard (SOP) kawalan COVID-19 di negeri ini mengambil kira nasihat dan pandangan pelbagai pihak.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata perkara itu juga melihat situasi semasa yang berlaku.

“Kerajaan sentiasa memantau situasi semasa COVID-19 di negeri ini untuk memastikan ketetapan dan pelaksanaa­n SOP seiring dengan keperluan pengurusan krisis,” katanya.

Masidi berkata demikian sebagai menjawab soalan pemberita, di sini, semalam, berhubung kelonggara­n SOP yang diperkenal­kan kerajaan pada siri terbaharu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuas­akan bermula 10 November.

Pada masa sama, beliau menggesa semua pihak mematuhi SOP PKPB yang ditetapkan kerajaan dalam usaha bersama memerangi dan memutuskan rantaian pandemik terbabit.

“Kerajaan juga tidak pernah membenarka­n sebarang aktiviti majlis sosial termasuk perkahwina­n semenjak PKPB pertama dilaksanak­an di negeri ini pada 13 Oktober.

“PKPB fasa baharu pula, hanya upacara pernikahan dan pendaftara­n dibenarkan tetapi mesti dijalankan di pejabat agama atau Jabatan Pendaftara­n Negara atau rumah ibadat.

“Majlis selepas upacara pernikahan seperti jamuan makan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan dan norma baharu ini perlu kita amalkan bersama buat masa ini,” katanya.

Menyentuh kebenaran untuk makan dalam premis makanan pula, beliau berkata semua pengusaha dan pelanggan perlu mematuhi garis panduan yang sudah ditetapkan.

Menurutnya, kerjasama semua lapisan masyarakat sangat penting khususnya untuk mematuhi penjarakan fizikal, semakan suhu dan kawalan kapasiti kehadiran pelanggan.

 ??  ?? MASIDI
MASIDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia