Utusan Borneo (Sabah)

Robert sertai operasi mencari dan menyelamat dua beradik

- Oleh Henry Bating

KENINGAU: Prihatin terhadap penduduk kawasannya yang dilanda banjir mendorong Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik meninjau permasalah­an yang dihadapi.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor turun ke beberapa lokasi seperti Kg Dangulad, Kg Ria dan Kg Limbawan yang dilanda banjir kilat Selasa lalu.

“Semoga usaha mencari dan menyelamat membuahkan hasil,” katanya ketika hadir bersama dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua beradik yang dikhuatiri hilang selepas kenderaan yang dinaiki hanyut dibawa arus Sungai Liawan di Kg Dangulad.

Pemandu kenderaan yang hanyut iaitu ayah kepada dua mangsa bagaimanap­un selamat manakala sehingga berita ini ditulis kedua mangsa adik-beradik belum ditemukan.

Laluan ‘low level crossing’ yang dibina merentasi Sungai

Liawan di Kg Dangulad di mana kejadian itu berlaku merupakan laluan utama menghubung beberapa perkampung­an di Kg Tuarid Taud dan persekitar­annnya.

Pada masa yang sama Robert turut bersimpati dengan musibah yang menimpa keluarga berkenaan dan menziarahi keluargama­ngsadiruma­hkakaknya di Kg Dangulad.“Saya turut bersimpati dengan kejadian ini dan berharap agar keluarga berkenaan dapat bersabar dengan peristiwa ini,” kata Robert.

Sehubungan itu, Robert mengingatk­an penduduk terutama yang tinggal di kawasan rendah dan kerap banjir agar sentiasa bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh yang selalunya berlaku pada akhir tahun.

Jabatan Meterologi Malaysia meramalkan berlaku hujan lebat dalam empat hingga enam episod pada musim monsun Timur Laut sehingga Mac 2021.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia