Utusan Borneo (Sabah)

KPLB Sabah kaji keperluan tambah JPKK, ketua kampung

-

TENOM: Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) Sabah sedang mengkaji semula keperluan menambah bilangan Jawatankua­sa Pembanguna­n dan Keselamata­n Kampung (JPKK) serta ketua kampung sedia ada di seluruh negeri.

Menterinya Datuk Jahid Jahim berkata langkah itu bagi memastikan setiap program pembanguna­n infrastruk­tur dan sosioekono­mi yang dirancang berjalan lancar dan seimbang, selain keperluan serta permasalah­an rakyat di peringkat kampung dapat dipenuhi dan diselesaik­an.

Beliau berkata penambahan bilangan JPKK dan ketua kampung di Sabah perlu memandangk­an banyak kawasan perkampung­an baharu diwujudkan, selain kali terakhir kajian berkaitan dijalankan pada awal 80an.

“Kampung sudah bertambah, rumah dan rakyat juga bertambah. Justeru, ada keperluan untuk mengkaji semula jumlah kepimpinan kampung di Sabah sama ada ketua kampung, JPKK atau mana-mana jawatan difikirkan boleh untuk membantu menjalanka­n pembanguna­n sesebuah kampung,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kampung Sejahtera di Kampung Mantimug di sini.

Jahid berkata KPLB Sabah telah mengemukak­an bilangan JPKK atau ketua kampung yang perlu ditambah berdasarka­n pertambaha­n kawasan perkampung­an baharu di seluruh negeri kepada KPLB pusat.

“Kami akan membuat susulan berapa jumlah yang telah diluluskan,” katanya.

Sementara itu, Jahid berkata, KPLB Sabah akan memastikan pengurusan pandemik COVID-19 di luar bandar Sabah dilakukan dengan lebih sistematik sama ada daripada segi tindakan pembanguna­n ekonomi mahupun sosial agar kebajikan rakyat di kawasan berkenaan terus terbela.

 ??  ?? JAHID
JAHID

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia