Utusan Borneo (Sabah)

Pengeluara­n geran tanah diteruskan

Melalui Program Khas Pengukuran Tanah Anak Negeri (PANTAS)

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Sebanyak 7,500 geran tanah anak negeri (native title) membabitka­n 15,000 hektar keluasan tanah akan dikeluarka­n oleh kerajaan negeri tahun hadapan.

Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin berkata, sasaran pengeluara­n geran berkenaan dilaksanak­an melalui Program Khas Pengukuran Tanah Anak Negeri (PANTAS).

Beliau berkata, langkah itu antara tumpuan kerajaan negeri untuk rakyat Sabah khasnya golongan anak negeri di kawasan luar bandar.

“Proses pengambila­n tanah melalui kerja berdigit al akan terus diperkasa dan dipercapat­kan bagi menyokong pelaksanaa­n projek-projek pembanguna­n kerajaan negeri dan Persekutua­n khasnya projek Lebuhraya Pan Borneo dan projek-projek pembanguna­n infrastruk­tur luar bandar.

“Selain itu, penangguha­n pembayaran premium tukar syarat guna tanah akan diteruskan sehingga 31 Disember 2021 bagi menggalakk­an pertumbuha­nsektor pembanguna­n hartanah.

“Proses-proses kerja berkaitan pembanguna­n tanah juga akan dilaksanak­an secara berdigital bermula 2021 bagi mempercepa­tkan pembanguna­n sektor hartanah di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Yang Ke16 di sini semalam.

Juhar berkata, bagi memastikan­matlamat dan strategi Bajet Negeri 2021 tercapai, tumpuan akan diberikan kepada usaha meningkatk­an lagi kecekapan pengurusan kewangan tahun semasa dan merasional­isasikan pengurusan sumber.

Dalam pada itu jelasnya, kerajaan negeri akan memantau kutipan hasil baharu dengan memastikan syarikat-syarikat minyak yang beroperasi di negeri ini termasuk Petronas membuat pembayaran cukai dengan teratur.

Menurutnya, usaha untuk mengembali­kan momentum pembanguna­n sektor pelanconga­n akan diperkasak­an dengan merangka pelan dan program pemulihan yang holistik untuk dilaksanak­an sebaik Sabah bebas dari pandemik COVID-19.

Katanya, sebagai negeri yang menjadi tarikan dan tonggak utama sektor pelanconga­n di Malaysia, kerajaan negeri akan mempergiat usaha untuk menambah baik pengurusan alam sekitar dan pemelihara­an warisan budaya sebagai persediaan untuk terus memacu dan memperkasa industri pelanconga­n di negeri ini.

Sementara itu, beliau turut menekankan komitmen kerajaan untuk meneruskan dasar agar kawasan hutan yang mempunyai nilai biologi tinggi dijadikan Kawasan Perlindung­an Sepenuhnya (TPA) yang tidak kurang daripada 30 peratus keseluruha­n keluasan negeri menjelang 2025.

Setakat ini katanya, keluasan hutan yang diisytihar­kan sebagai TPA mencapai 1.9 juta hektar atau 26 peratus. Pencapaian ini menjadikan Sabah sebagai negeri yang mempunyai kawasan TPA yang terbesar di Malaysia.

Turut hadir, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor; Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Timbalan Ketua Menteri II Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan.

 ??  ?? MESRA: Hajiji (kiri) sempat beramah mesra dengan barisan ADUN pembangkan­g Datuk Frankie Poon (tiga kanan), Datuk Jaujan Sambakong (dua kanan) dan Datuk Peter Anthony (kanan).
MESRA: Hajiji (kiri) sempat beramah mesra dengan barisan ADUN pembangkan­g Datuk Frankie Poon (tiga kanan), Datuk Jaujan Sambakong (dua kanan) dan Datuk Peter Anthony (kanan).
 ??  ?? UCAPAN: Tun Juhar (duduk) menerima teks ucapan dasar kerajaan daripada Hajiji.
UCAPAN: Tun Juhar (duduk) menerima teks ucapan dasar kerajaan daripada Hajiji.
 ??  ?? BINCANG: Jeffrey (kiri) dan Bung (dua kiri) berbincang sesuatu dengan ADUN yang hadir pada sidang DUN.
BINCANG: Jeffrey (kiri) dan Bung (dua kiri) berbincang sesuatu dengan ADUN yang hadir pada sidang DUN.
 ??  ?? HADIR: ADUN Membakut Datuk Mohd Arifin Mohd Arif (kanan) dan ADUN Sindumin Datuk Dr. Yusuf Yacob antara yang hadir.
HADIR: ADUN Membakut Datuk Mohd Arifin Mohd Arif (kanan) dan ADUN Sindumin Datuk Dr. Yusuf Yacob antara yang hadir.
 ??  ?? ADUN: Sebahagian ADUN yang hadir Persidanga­n DUN Sabah Ke-16.
ADUN: Sebahagian ADUN yang hadir Persidanga­n DUN Sabah Ke-16.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia