Utusan Borneo (Sabah)

5,327 penduduk kawasan Parlimen Ranau terima BarMa

-

RANAU: Seramai 5,327 Ketua Isi Rumah (KIR) penduduk dari lebih 70 buah kampung kawasan Parlimen di sini, menerima bantuan berupa barang makanan (BarMa) sumbangan Timbalan Menteri II, Kementeria­n Dalam Negeri KDN, yang juga Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin.

Sumbangan tersebut adalah kepada mereka yang terkesan COVID-19 yang kini menular seluruh dunia termasuk Malaysia.

Jonathan ketika dihubungi memberitah­u, mereka yang dikenal pasti terkesan berikutan pandemik COVID-19 adalah terdiri daripada golongan kurang berkemampu­an, ibu tunggal, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan pesakit terlantar.

“Kita mengharapk­an sumbangan BarMa itu, dapat meringanka­n beban yang dihadapi anggota keluarga mereka yang terjejas berikutan pandemik tersebut.

Katanya, sumbangan BarMa itu akan disalurkan dari masa ke masa kepada mereka yang dikenal pasti benar-benar terkesan.

“Saya mengharapk­an kepada rakyat di kawasan Ranau dan Kundasang supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi memutuskan rantaian COVID19,” jelas Jonathan.

Beliau juga turut mengharapk­an agar rakyat dapat bersabar sehingga vaksin memusnahka­n penularan wabak Covid-19 yang dijangka berakhir tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), 6 Disember 2020.

“Apa yang patut adalah tindakan semua lapisan masyarakat tanpa mengira suku kaum, agama dan fahaman politik untuk mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Katanya, patuhi penjarakan fizikal 1Meter antara individu, memakai pelitup separuh muka, kerap membasuh tangan dengan sabun atau sanitizer dan tidak mengunjung­i kawasan sesak dan ramai orang,” tambah Jonathan.

 ??  ?? KENANGAN: Sebahagian kakitangan Pusat Khidmat Rakyat Pejabat P.179 Parlimen Ranau, bersama para sukarelawa­n yang mengendali­kan penghantar­an BarMa.
KENANGAN: Sebahagian kakitangan Pusat Khidmat Rakyat Pejabat P.179 Parlimen Ranau, bersama para sukarelawa­n yang mengendali­kan penghantar­an BarMa.
 ??  ?? SENARAI: Zita (kanan) menyerahka­n senarai nama penerima kepada Lasimin mewakili Kg. Tebut Timbua.
SENARAI: Zita (kanan) menyerahka­n senarai nama penerima kepada Lasimin mewakili Kg. Tebut Timbua.
 ??  ?? WAKIL:Yami (kiri) menyampaik­an bantuan BarMa kepada Asidin mewakili penduduk Kg. Merungin 2 Ranau.
WAKIL:Yami (kiri) menyampaik­an bantuan BarMa kepada Asidin mewakili penduduk Kg. Merungin 2 Ranau.
 ??  ?? TERIMA: Mohd. Irwan@Ayart (kiri) menerima BarMa mewakili penduduk Kg. Kombiroi Timbua daripada Aoziah PMP Ranau.
TERIMA: Mohd. Irwan@Ayart (kiri) menerima BarMa mewakili penduduk Kg. Kombiroi Timbua daripada Aoziah PMP Ranau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia