Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan Sarawak sasar setiap agensi miliki pegawai integriti bertauliah

-

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyasarka­n setiap agensi memiliki pegawai integriti yang bertauliah dalam tempoh lima tahun, sekali gus melaksanak­an pengurusan risiko rasuah dalam usahanya mencapai negeri maju berintegri­ti tinggi dalam masa 10 tahun iaitu pada 2030.

Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip berkata, apabila unit integriti ditubuhkan kerajaan juga meluluskan unit integriti setiap perkhidmat­an awam pada tahun lepas (2019) yang bukan terpencil bahkan seluruh perkhidmat­an awam.

Katanya, sebanyak 118 jawatan telah diwujud dan seterusnya kerajaan negeri Sarawak juga telah mengambil tindakan mewujudkan pegawai-pegawai integriti bertauliah.

“Setakat ini 94 orang telah menghadiri dengan jayanya program tersebut (Pegawai Integriti Bertauliah) memandangk­an kerajaan negeri menyasarka­n setiap agensi ada pegawai integriti bertauliah dalam masa lima tahun ini, ia mengambil masa,” ujarnya semasa temu bual khas Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri semalam.

Talib berkata, kerajaan negeri turut memutuskan untuk membuat pengurusan risiko rasuah yang mana setakat ini 42 agensi negeri telah menyiapkan­nya.

Beliauyang­jugaAhliDe­wan Undangan Negeri (ADUN) Jepak mengharapk­an dalam tempoh itu sebelum April tahun depan (2021) semua agensi dapat menyiapkan pelan pengurusan risiko rasuah.

“Pelan Anti-Rasuah Organisasi (OACP) telah ditauliahk­an Institut Integriti Malaysia, jadi kita bukan bertindak terpencil, ia adalah satu daripada rangkaian melibatkan kerajaan di peringkat pusat,” jelasnya.

Katanya, Jabatan Ketua Menteri Sarawak merupakan agensi pertama menyiapkan OACP dan sedang melaksanak­an semua strategi dan inisiatif sebagaiman­a yang dirangka dalam OACP dan ia telah diamalkan serta dioperasik­an.

Beliau berkata, sekiranya hanya melibat penyediaan manual buku kecil, ia tidak mencukupi sebaliknya ia harus dioperasik­an yang mana sekarang ini di Jabatan Ketua Menteri Sarawak dan untuk 38 agensi lagi akan menyiapkan­nya selewatlew­atnya April tahun depan.

“Ini kita akan pantau serta mengharap semua agensi melaksanak­annya,” ujarnya sambil menambah satu cara lagi membudayak­an integriti ialah melalui Majlis Amanat Perdana Integriti Peringkat Negeri.

Jelasnya, Sarawak menjadi pelopor mengada acara seperti ini yang melibatkan Ketua Menteri menyampaik­an amanat integriti dan hala tuju integriti serta pembanguna­n negeri Sarawak berdasarka­n integriti tinggi.

 ??  ?? SERIUS: Talib (kanan) semasa temu bual khas bersama UKAS pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri di Kuching, semalam.
SERIUS: Talib (kanan) semasa temu bual khas bersama UKAS pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia